people's words

1:17 PM

Salam alayk.

tak ada modal, so saya hanya mampu membuat ini. -.-"

ada masa kan, kita akan rasa penat. sampai bila kena berbuat baik kepada orang. sampai bila kita kena sabar dengan perbuatan orang yang tak buat baik kepada kita. tanya balik pada diri kita, ikhlas kah kita dalam melakukan kebaikan itu? kerana Al-Junaid pernah berkata;

'Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNya. Ia tiada diketahui malaikat, sehingga ia tiada kuasa untuk menulisnya. Tiada pula diketahui setan, sehingga ia tiada kuasa merosaknya.'

pernah kita ikhlas dalam berbuat baik selama sejam sejak kita hidup?


owh, ini santapan minda punya twitter. cuci wajah memang setiap hari kita buat. ada orang itu, pagi basuh, tengahari basuh, petang basuh, malam basuh. 4 kali gitu. tapi cuci hati, susah benar, ye dok? saya pernah mendengar cerita, tidak pasti sama ada kisah para sahabat atau sekadar analogi. (mungkin tersalah sikit)

"kenapa Al-Quran itu dikatakan mencuci hati kita walaupun bila kita baca tafsir pun, still tak faham?" tanya seorang A kepada B.

B pun menyuruh A mengambil bekas (gayung) yang kotor lagi bocor. B suruh A angkut air dari sungai ke dalam rumah berulang kali menggunakan gayung tersebut. pertama kali B sampai ke rumah, air sudah habis sebab bocor. kali kedua juga begitu. dan seterusnya. kemudian, dia bertanya kepada B kenapa dia perlu berbuat demikian sebab perbuatan itu nampak sia-sia. air tak dapat, buat penat adalah. Namun, B suruh juga dia buat begitu sehingga hampir seminggu/sebulan.

kemudian, B jelaskan. B suruh A lihat jalan dari rumah ke sungai. A melihat rumput-rumput yang tumbuh-tumbuhan hidup segar kerana air bocor itu. kemudian B suruh A lihat gayung tersebut, apa perubahannya?

Gayung itu sudah bersih, tidak lagi kotor.

seperti itulah hati manusia apabila membaca Al-Quran. mungkin pada awalnya, kita susah untuk faham tafsir dan hadam ia sebaik mungkin, namun jika kita berusaha, insyaAllah, itu yang terbaik untuk kita dalam tempoh masa panjang.


move on? berhijrah? kenapa nak berubah? kenapa tiba2 ada perasaan nak berubah jadi baik? kenapa kita tak perlu nak persoalkan kenapa kita nak berubah?

orang yang ingin berubah, selalu fikir dua tiga kali. perlu ke tak perlu? ok ke tak ok? kalau nak ikutkan, tak perlu untuk kita persoalkan diri kita kali kedua ketiga. kerana perasaan ingin berubah yang datang pertama kali, insyaAllah datang daripada Allah. kemudian, kita akan resist dan reluctant sebab syaitan dah ambil port dia.

kalau nak berubah, buat saja. takut nanti, itulah kali terakhir Allah bagi hidayah kepada kita. mati tak kira tempat, bukan?

manusia selalu tak hargai masa lapang. dan bila dah banyak kerja lah, dia mula nak hargai masa. kelapangan itu, Allah yang bagi. jadi jangan persia-siakannya.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian." An-Nas: 1-2


kita tahu apa yang bagus untuk kita dan apa yang tak bagus? kita tahu ke jadi doktor ni yang terbagus untuk kita? kita tahu ke dapat 45 ini yang terbaik untuk kita?


tak. setiap benda, bukan semua yang kita rasa baik, baik di mata Allah. kadang-kadang, bila kita sudah berusaha keras, tiba-tiba kita dapat 30 per 45 saja, kita akan sedih dan meroyan tak tentu pasal. heh, awak tahu ke apa yang terbaik untuk awak? sesungguhnya, usaha awak itulah yang terbaik di mata Allah. memang di mata orang sekeliling, "budak ni bodoh, tak pandai. taknak belajar dengan dia." tapi kita ikutlah pandangan Allah kerana pandangan Allah lah yang paling bernilai. nanti-nanti, kita kembali pada Dia juga kan? nak masuk syurga, kita nak tengok Dia juga kan?

owh, ini Hujan punya promotion. saya suka hujan sebab lagu dia banyak pasal hidup. bukan pasal cinta macam artis lain. tapi tak semestinya favourite saya adalah yang terbaik untuk saya. hihi

p/s: lama Seremban tak didatangi hujan. ya, hujan air.

You Might Also Like

1 comments