Kelapangan itu, Dia yang bagi.

3:40 PM


Otaknya sudah penat. Penat berfikir untuk IB yang menyesakkan itu. Hatinya tidak habis-habis menyesal atas masa yang terbuang, kerja yang menimbun, jiwa yang kosong.

Tak boleh jadi ni! Kena selesaikan cepat-cepat masalahnya. Nanti, serius lagi.


Perlahan-lahan, dia segera mengambil handphone di tepi katil dan menyarung earphone. Tangannya ligat mendail nombor asing yang tentunya bukan dari Malaysia. Nombor orang yang dipercayainya.

xxxxx Setelah bertanya khabar dan segalanya; xxxxx

Na, entahlah. Rasa macam mahu drop je IB ni.

*senyap seketika* Da ok? Ceritalah kepada Na.

Entahlah, masa rasa macam tak cukup. Rasa sesak. Sempit.

Oh, masa..
Subhanallah, masa bulan Ramadhan inilah Allah nak uji Da dengan ujian masa. Alhamdulillah.
Dah organise masa betul-betul ke Da?

Hmm.. InsyaAllah, dah. Da cuba tidur awal dan bangun awal pukul 4 pagi, tapi kerja banyak lagi tak siap. So, tak tahu nak buat macam mana lagi. *matanya dah rasa panas*

Hmm..setiap saat dalam masa itu makhluk Allah. Adil tak kita terhadap makhluk Allah itu? Kadang-kadang Allah bagi masa sejam bagi seseorang itu bagaikan 24jam, kadang-kadang sejam itu rasa macam 10 minit saja. Semuanya bergantung pada nikmat masa yang Allah nak kurniakan kepada seseorang. Mungkin Allah sempitkan masa Da sebab nak ajar Da kena hargai masa betul-betul. Ada masa 10 minit itu tak dimanfaatkan betul-betul ke?

Hmm, insyaAllah. habis itu, macam mana nak siapkan kerja ini?

Ok, kalau kita fikir akibatnya, mungkin Da akan dimarahi cikgu sebab tak siap kerja. Tapi kita yakin saja kepada Allah. Allah tak kan menzalimi hambaNya kan? Allah bukan Tuan yang zalim. Kita serahkan saja kepada Allah dan percaya yang Allah akan membawa kita kepada kebaikan saja. Dan kita ikhlaskan segala apa yang kita buat, insyaAllah Allah permudahkannya. Contoh: pemuda kahfi. Allah jadikan mereka tidur dalam 309 tahun, walaupun pemuda itu beranggapan mereka hanya tidur selama setengah hari atau satu hari. Tak jauh ke beza? Apa kalau kita berdoa kepada Allah, agar diberikan waktu seperti Ashabul Kahfi? Yang penting, kita ikhlas kepada Allah bahawa segalanya yang kita lakukan hanya untukNya.

Kita tak dapat buat apa-apa lagi untuk hari semalam dan kita tak tahu apa yang akan berlaku hari esok. Kita cuma ada hari ini untuk mencuba habis sebaik mungkin.

*senyuman melebar* Alhamdulillah. Thanks, Na! InsyaAllah, Da cuba buat sebaik-mungkin.

Pagi itu, dia segera siap cepat-cepat. Hasrat hatinya, mahu meluangkan masa sebaik mungkin. Mahu jadi seperti Ashabul Kahfi, Allah turunkan nikmat masa kepada mereka. Pukul 7.10 pagi, dia keluar. Memanjat tangga sehingga tingkat 3. Semangatnya kuat.

Alhamdulillah, pagi itu dia berasa senang. Tiada lagi berat otak. Tiada lagi jiwa kosong. Tiada lagi wajah muram, sebaliknya senyumannya melebar. Rahsianya? IKHLAS.

Jam 8.00 pagi, dia risau. Rakan-rakannya, seorang pun belum datang.

Lah, betul kan dekat 3**?

Da, kita semua dekat Dewan Razak dengar tazkirah Ramadhan.

Subhanallah. Rasa nikmat pada masa sehingga tazkirah pun boleh lupa. Nampak sangat semua dalam dunia ini, hidup ini Allah yang kawal. Memang kita tak boleh nak lari daripada hakikat ini. Jadi, semoga kita berserah segalanya kepada Allah dan hanya Dia saja yang berkuasa memudahkan urusan harian kita. Ingat, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Wallahu Ahlam~
p/s: jazakillah, Na.

You Might Also Like

6 comments