This was 'Yesterday'

10:32 PM

Salam alayk.

Hari ini hari Sabtu. Hari pertama cuti Raya Cina. Saya tidak bercadang ke mana-mana pun hari itu. Hanya ingin duduk di rumah, menyelesaikan segala kekusutan yang semakin membukit di jiwa ini. Namun, mungkin Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik buat saya. Digerakkan hati saya untuk keluar hari itu ke Bandar Seremban. Asalnya, mahu saja saya duduk di rumah, tetapi kerana ingin menemani ibu yang bakal menghantar adik saya ke perpustakaan, saya pergi juga. Dan niat saya berubah; ingin ke kedai buku untuk menghabiskan baucer RM200 ini.

Mengapa jiwa saya kusut?

Sudah sampai masanya untuk Allah memanggil saya kepadaNya kembali. Rutin saya seminggu sebelum cuti ini jelas terlihat, jadual belajar saya yang tidak tersusun, tidur yang tidak konsisten, kerja yang tidak siap, pergaulan yang kurang memuaskan. Tapi apa yang saya rasa, hanyalah bertenang dan relaks. Mungkin, itu kelebihan saya, tidak mudah gelabah ataupun kelam-kabut. Tapi, lambat-laun, saya sedar, ia telah menjadi kelemahan saya. Dan makin lama, ia memakan diri saya.

Jumaat, 12.29 pm

Saya sibuk mengemas beg untuk pulang ke rumah, walaupun air mata sibuk mengalir di pipi ini. Sedikit demi sedikit, saya merungkai persoalan yang semakin menyesakkan. Saya tanya kepada Hedaya, rakan sebilik saya.

"Kawan kena ada sebab ke?"

Soalan retorik saya kira. Saya pernah tanya kepada ramai juga rakan saya. Ada yang marah kerana ditanya, ada yang membalas "kena ada sebab", dan ada pula yang menjawab, "Tak payah"

Confuse.

‘'Confusion' is a good explanation, for not understanding things that can't be reasoned. - H-

Dan saya masih ingat apabila Adila menjawab,

"Mula-mula itu kena la ada sebab, macam aku kawan dengan kau sebab kita klasmate. Tapi, lambat-laun, tanpa sedar, tujuan kita berkawan dengan seseorang itu berubah."

Tatkala saya masih keliru dengan soalan yang entah muncul dari sudut mana fikiran saya ini, saya diuji lagi dengan perasaan emo yang tidak bertempat. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak emo, fikir yang inilah, yang itulah.

Pasal kawan, betul kata orang, kita kena berkawan dengan seseorang kerana Allah. Walaupun, kita tidak suka pada perlakuan seseorang itu, tapi, demi Allah, kita cuba juga. Tapi, sangat kecewa dan sedih apabila dia tidak pula respons pada kita. Malah, kadang-kadang, tidak menyedari kewujudan kita. Sedih.

Hari Sabtu itu, saya keluar ke Bandar. Untuk mencari erti hidup, untuk mencari ketenangan daripada menyesakkan diri mencari jawapan kepada soalan yang tidak seberapa penting. Because I’m observant person, so saya akan senang belajar sesuatu kalau saya lihat dari mata saya sendiri.

Sampai Popular, saya terus mengambil buku yang sudah lama saya inginkan tetapi kerana kekurangan bajet, saya tangguhkan. Saya cuma berharap, dengan buku ini, Allah akan tunjukkan saya sesuatu, sesuatu yang sepatutnya saya sudah tahu lama dahulu, tetapi saya abaikan. Orang kata, kalau nak sesuatu, kena ada usaha ke arah itu.


Macam biasa, bukan saya seorang saja yang mahu menggunakan baucer itu, tetapi ramai lagi. 3 kaunter, semua beratur panjang nak dekat 5 meter pun ada. Saya beratur dalam 10 minit, Alhamdulillah. Di depan, ada seorang perempuan India remaja. Kemudian, datang pula mak cik India yang entah dari mana datangnya, cepat-cepat berbisik kepada remaja perempuan itu agar tolong bayarkan sekali. Sebab dia tak nak beratur panjang mungkin, atau dia dalam kecemasan. Tatkala, jiwa ini tiba-tiba didatangi dengan prasangka buruk terhadap makcik ini, saya teringat kata-kata Shera, rakan usrah saya dahulu apabila ditanyakan akhlak mana yang dia paling suka.

"Kalau saya, saya suka macam Mursyida tadi, berprasangka baik. Sebab, senang je. Sebab

bila berprasangka baik, kepala kita tak payah nak serabut. Tak payah nak fikir banyak-banyak. Senang."

Betul. Andai saya masih berprasangka buruk lagi, macam-macam saya akan fikir. Mulalah rasa menyampah, mulalah rasa India ni macam itu, macam ini, mulalah rasa annoying kena tunggu lama, mulalah kata tak acik la makcik ini dan macam-macam lagi. Kalau saya berprasangka baik, erm, mungkin makcik ini ada emergency kot. Suami dia dah tunggu lama dekat luar. Senang dan mudah. No hesitance.

Selepas membayar, saya mendapati kaki saya berjalan ke arah sebuah restoran makanan segera. Lapar. Setelah mengorder dan makan, saya tanya kepada Ani,

"Ani, ok tak kalau aku cuba hantar dulang ini ke arah tong sampah itu. Nampak macam typical sangat Malaysian ini letak dulang atas meja dan blah macam tu je."

"Cuba la," Ani senyum pada saya.

Memang, memang pekerja itu sudah bersiap-sedia nak bersihk

an meja pelanggan. Tapi saya mahu menggatal. Alasan, mahu mencari sesuatu. Mungkin, ada hikmah apabila saya membuang sampah sendiri. Alhamdulillah, saya gembira setelah melakukannya. Semacam ada kepuasan di situ. Setelah makan, kami berjalan ke arah perpustakaan kerana Ani ingin mengulangkaji di situ. Saya menghantarnya dan kemudian, balik menaiki bas.

Bukan apa, kata perjalanan mencari erti hidup. Sambil tunggu bus, saya membaca buku yang saya baru beli, tetapi tak jadi sebab saya suka tengok orang. Saya tengok ada pak cik Melayu ini, baru saja buka kiosk dia dekat bus station tu. Baru sangat, mulalah saya terfikir.

Agak-agak, berapa modal yang dia guna nak buka ni?

Agak-agak, kiosk ini satu-satunya cara dia mencari sumber rezeki yang halal ke?

Dia tanggung family dia sepenuhnya dengan berniaga macam ini je?

Kemudian, saya lihat pada kiosk sebelah. Makcik muka macam cina, tetapi ada nande di dahi.

"Makcik, ada topup maxis rm5", saya bertanya.

"Ada, tapi tambah 50 sen," mak cik itu menunjukkan angka isyarat 5 di tangannya.

"Ok."

Saya tengok lagi. Dia tengah menyusun kerepek-kerepak bermacam jenis di situ. Dia masukkan lagi beberapa tin yang tidak sejuk ke dalam bekas berisi ais. Dari jauh, saya lihat, ada 2 orang budak remaja baru nak up sedang mengira duit sambil berbisik-bisik. Untuk membeli apa, saya pun tak pasti. Yang saya harap, bukan ‘itu’. Tapi, memang 'itu'.

"Malbhoro sekotak. Warna merah."

Makcik itu pun bagi, dan kedua-dua mereka blah. Kemudian, mereka datang balik.

"Malbhoro lagi satu."

Semua orang ada mereka punya erti hidup. Berbeza barangkali. Bagi makcik itu, mungkin segalanya hanyalah mengenai perniagaannya. Bagi, budak itu, mungkin perkara lain. Bagi pekerja restoren itu, mungkin lain. Bagi saya?

Puas dalam bus saya memikirkan hakikat hidup ini yang memang pahit untuk ditelan. Saya ingin hidup dengan membawa erti hidup yang bermakna pada orang lain. Biarlah saya yang merasa kepahitan hidup-hidup ini, asalkan orang di sekeliling saya merasai manisnya. Apa yang saya harapkan, semoga saya mampu menjadi insan yang berguna di masa akan datang, tidak kisahlah dengan apa cara, mungkin dengan menjadi dentist ataupun apa-apa saja. Biarlah, hidup saya bermanfaat untuk orang sekeliling walaupun saya tahu, ada kalanya, saya selalu menjadi beban yang berat. Minta maaf dan terima kasih. Doakan saya.

Wallahu Ahlam~

Segala yang baik, datang daripada Allah. Segala yang buruk, datang daripadaNya melalui saya.

You Might Also Like

0 comments