Antara manusia dan Tuhan
12:38 AM
Salam alayk
Aku merenung jauh ke luar tingkap. Dedaun yang melambai-lambai ditiup angin sedikit sebanyak meredakan perasaan gelisah dalam hatiku. Langit yang redup menyejukkan hati dan mata yang sedang berair.
Andai ditanya kepadaku, apa yang membuatkan diriku tak tenteram; nescaya aku pun tiada punya jawapan. Hati ini benar-benar tersembunyi pelbagai rahsia yang aku sendiri tidak ketahui.
Mungkin, mungkin kerana minggu study week. Aku kira, jika aku study habis-habisan, hatiku akan tenang dalam menghadapi ujian. Kerana aku sudah bersedia. Segala ilmu sudah penuh di dada.
Rupanya tidak. Rupa-rupanya, hati ini Allah yang pegang. Ilmu itu Allah yang milikinya. Ujian itu datang daripadaNya. Segala-galanya, datang dari Allah asalnya.
Hari ini aku pelajari surah Taha. Banyak mengisahkan mengenai perjuangan Nabi Musa. Nabi Musa ini, dijadikan Allah dengan pelbagai kelemahan. Tapi Allah tetap memberi perlindunganNya kepada Musa.
Dari kecil, Allah memberi ilham kepada ibunya untuk menghanyutkan bakul yang berisi baby Musa ke sungai Nil untuk menyelamatkannya dari Firaun. Kedua, Allah menyelamatkannya apabila dia secara tidak sengaja membunuh seorang manusia.
Musa yang gagap, yang baru satu malam bertemu dengan Allah, sudah ditugaskan untuk memberi kebaikan kepada Firaun yang punya banyak kekuatan. Mesir yang kaya dengan hasil tanaman, kekuatan tentera dan pembesar yang taat kepadanya. Masakan Musa boleh menang dalam pertarungan antara haq dan batil?
Tapi Musa tidak pernah berhenti. Dia tidak berhenti pada kekurangannya. Tapi dengan iman yang ada dalam hatinya, dia berdoa kepada Rabb-nya,
'25. Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku,
26. Dan mudahkanlah untukku urusanku,
27. dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
28. agar mereka mengerti perkataanku"'
Dalam surah ini, Allah ceritakan bagaimana manusia yang sangat lemah, menjadi kuat apabila punya Allah dalam hatinya. Segala masalah di dunia ini datangnya dari Allah sendiri. Dan segala penyelesaian itu daripada Allah jua. Tawakal seorang muslim itu sepatutnya mengalahkan tawakal dan patuhnya alam ini kepada Allah.
Di sebalik kesesakan jiwa dan hati yang tidak tenteram seorang manusia, Allah akan menolong dan memberi perlindungan kepada mereka yang menyerahkan segala urusan kepadaNya usai sudah berusaha sebaik mungkin.
Cuma, kadang-kadang kita ini perlu buka hati kita untuk melihat Allah di sebalik segala perkara yang berlaku. Sekecil-kecil benda dan sebesar-besar masalah. Kembali lah kepada Allah. Hakikat seorang muslim itu pada bahasanya, adalah mereka yang berserah diri kepada Allah.
Moga segala usaha dan ikhtiar ini hanya pada Allah. Dan moga Allah permudahkan segala urusan kita. Mohon doakan kami untuk peperiksaan besar yang akan datang insyaAllah.

0 comments