Antara Mimpi dan Peluang
9:15 PM
Salam alayk
"what is your name by the way?" saya bertanya pada dia yang duduk di sebelah.
"Ram", dia tersenyum.
Itulah detik-detik perkenalan kami. Ram adalah seorang cleaner yang ditugaskan di tingkat 7, bangunan dental building kami. Dalam erti kata lain, dia adalah cleaner kepada dental lab kami. Kadang-kadang, kalau dia tiada kerja, dia akan memerhati bagaimana lab technician kami membuat kerja-kerja dental atau pun berbual-bual bersama student dental, jika ada yang sudi.
Seringkali kalau saya berada di lab membuat denture pesakit, Ram akan datang menemani jika dia tiada kerja. Kami akan berbual-bual mengenai hidup, matlamat, keluarga dan angan-angan. Mungkin nampak cliche, tapi sebenarnya itulah yang saya suka bualkan jika bertemu dengan orang yang kita tidak kenali.
"Ram, why you came to Malaysia? Why you don't work at Sri Lanka?" saya bertanya.
"I came here to work, because I want to find money. Every month need to give to family." Dia membalas
"Sri Lanka no work?"
"Very hard work, got little to pay."
Saya hanya terdiam. Mungkin saya belum tahu erti bekerja susah-payah, berjauhan daripada keluarga.
"Did you do part time work?"
"Yeah, I also did extra jobs. Going to houses.. repair wiring, pipes, houses.."
Saya mengangguk.
"But only on weekends.. because here in college, need to work 7am-7pm. no time for extra work."
"need to work hard right, Ram?" saya sekadar bertanya tanpa mengharap balasan. Zaman sekarang, segalanya perlu kerja keras. kerja siang malam. Untuk menampung hidup yang bukan seorang, tapi sekeluarga.
"Ram, why you don't work somewhere else? Like Australia or UK, etc?"
"people in my countries, they go here. so, I go here."
Iyalah. Kalau kita, kita mungkin akan pilih kerja bagus-bagus di luar negara, buat research di internet banyak-banyak. Tapi kalau mereka, mungkin tiada internet untuk mereka buat research, oh mungkin lagi bagus jika aku ke uk atau australia. Mereka hanya mengikut apa yang orang sekeliling pernah lakukan.
Cerita saya mengenai peluang pekerjaan di negara-negara mungkin sangat hebat, sehingga membuatkan Ram berasa ingin tahu. Ingin mencari peluang yang lebih baik. Saya mencadangkan dia agar pergi mengejar apa yang dia inginkan.
"But, my passport is with the company. They took it. I have contract till 1 year and 3 months. I only have 5 months left." Ujarnya.
Saya hanya mengangguk. Pernah sekali, Ram menceritakan kepada saya betapa dia mahukan kerja lab technician. Ketika itu, Seenu, salah seorang lab technician telah berpindah ke India dan lab memerlukan seseorang untuk menggantikannya. Ram yang selalu duduk di lab bersama Abang Zul, kadang-kadang belajar untuk membuat denture dan hasilnya pernah dipuji oleh doktor prostho. Malah, Dean menyuruhnya untuk kerja di situ, tetapi kerana tiada passport di tangannya, mendapat kerja itu hanyalah menjadi suatu yang mustahil.
Berapa ramai di antara kita yang punya banyak peluang untuk menjadi yang lebih baik, namun kita siakan peluang itu?
Malah, kita mengeluh mahukan peluang yang lebih bagus, tanpa memanfaatkan apa yang ada di tangan.
Ram, bagi saya adalah contoh orang yang mahukan yang terbaik. Namun, kadang-kala peluang tidak berpihak padanya. Tapi tak apa, dia manfaatkan peluang yang ada untuk belajar denture betul-betul, ambil upah baiki wiring dan paip. Dalam hati, dia punya cita-cita untuk mencari kerja yang lebih bagus.
Tapi, rasa agak ralat. Kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal padanya. Mungkin boleh ditulis di sini.
"Goodbye, Ram! Being friends with you is a gift for me. All the best in your future, Ram and live your dream! See you in Kandy."
p/s: segala yang dicerita di sini adalah merujuk kepada perbualan saya dan Ram. tiada yang merepek. :)

sorry adl. |
0 comments