Menjadi Manusia Yang Memberi Impak

9:12 AM

Salam alayk.


Sudah menjadi kebiasaan, di akhir kelas Prostho, Dr Prashanti akan menceritakan kisah motivasi untuk kami, satu kelas contohi.

Ia mengenai kisah seorang pekerja kilang yang setiap hari bekerja di kilang. Setiap pagi, sebelum punch card, dia akan menegur pak guard yang berjaga di pagar. 'Good morning' katanya. dan setiap petang, selepas habis kerja, dia akan menegur pak guard yang sama, 'good evening, and good bye!' diiringi dengan senyuman yang ikhlas. Sudah menjadi rutin dia untuk menjadi peramah kepada orang sekeliling. Suatu hari, dia kerja overtime. Sampailah waktu dia nak keluar dari kilang, dia menyedari yang dia telah terperangkap dalam kilang, beserta suhu yang sangat sejuk. Nak pula, hari tuh hari jumaat, jadi memang tak ada orang langsunglah. Dia menjerit-jerit meminta tolong tapi tiada yang kedengaran. Pada suatu ketika, tiba-tiba dia mendengar ada orang membuka pintu dari luar. Dilihatnya, pak guard yang dia sering tegur itu. Dia bertanya, bagaimana pak guard tahu dia ada di sini? Pak guard itu mengatakan yang lelaki yang selalu menegur dia 'good evening!' tidak kelihatan, jadi dia datang untuk check kalau ada terjadi sesuatu. Memang benar. :)

Pernah tak kadang-kadang kita fikir, apakah kita telah memberi sedikit impak dan positiviti kepada orang sekeliling? Mungkin ada, dengan kawan-kawan dan keluarga. Tapi, pernahkah kita menegur makcik cleaner di kantin, abang mop di kelas, staff sekeliling kita?

Sejak saya membaca post dari Sarina, saya menjadi inspired untuk menjadi seperti Lil. Cukuplah sekadar dengan kehadiran kita, orang sekeliling kita menjadi gembira. Bukannya perlu membuat perkara besar seperti memberi hadiah apa, tapi kadang-kadang benda yang kecil seperti bertanya khabar atau mengucapkan selamat pagi sudah cukup untuk membuat seseorang merasa dihargai.

Setiap pagi, ketika saya datang kelas jam 8, pasti akan ada abang mop di tepi lif. Suatu hari, saya tergerak hati untuk menegur good morning! Sambil menunggu pintu lif terbuka, saya bertanya mengenai asal dari mana. Jadual kerja macam mana. Rupanya orang Nepal. Sejak hari itu, kalau ternampak dia, saya akan senyum dan menegur 'Good morning!'. Kalau tengah moody pagi itu, saya akan buat-buat tak nampak dia. Tapi dia pula yang tegur saya, 'Good morning!'. Betullah orang kata, kalau kita buat baik dekat orang, Allah akan balas balik dengan kebaikan. Terus tak moody dah pagi itu. :')

Petang Jumaat yang lepas, saya tengah makan di kafeteria. Waktu itu, kafe sudah mahu tutup. Ada seorang cleaner ini, saya selalu saja nampak, tapi tak pernah tegur. Waktu dia tengah mop dekat-dekat dengan meja saya, saya menegur,

"Sudah makan kak?"

"Sudah. Sudah. Awak sudah makan?" Obviously, saya tengah makan waktu tuh. -.-". Saya mengangguk.

Dia bertanya adakah saya student baru kerana jarang nampak. Mungkin kerana tidak duduk di hostel. Setelah mengetahui saya student dentist, dia mengatakan yang muka dia merah. Katanya, ada darah tinggi. Dia sudah ke klinik untuk mengambil bacaan. Dia memberikan slip doktor kepada saya.

"170/103 mmHg"

"Tinggi juga kak. Makan ubat yang Dr bagi. Selalu rehat rehat ye." saya cuba comfortkan dia.

"Itulah, kadang-kadang bila mop, penat. Bos tak bagi duduk dekat sini (kafe)" Dia mengeluh.

Saya cuma tersenyum dan memberi kata-kata semangat. Setelah selesai, saya meminta diri dahulu.

Sometimes, apa yang orang nak daripada kita tidaklah banyak mana. Cukuplah menjadi peramah dan kadang-kadang, mereka ada masalah tapi tak tahu nak cerita dekat siapa. Di sebalik wajah senyum orang, terdapatnya banyak masalah-masalah yang mereka perlu hadapi. The least thing yang kita boleh buat adalah just tanya khabar and senyum. Dapat kawan baru is a bonus for that.
Sebab kita nak jadi manusia yang bermanfaat, berguna untuk masyarakat. Nak buat banyak-banyak, jadi hartawan yang dermawan pun tak mampu, kita buatlah apa yang mampu. Biar sentuhan kita kepada orang itu ibarat sinar matahari yang menyentuh muka kita tatkala di musim bunga. Heaven!

Wallahu Ahlam.

You Might Also Like

1 comments

  1. uwaa, tak sangka aida amalkan apa yg dr prashanti cerita...

    ReplyDelete