Passion Is The Reason You Journey

12:16 PM

Salam alaykum

Semenjak tahun 2016, aku sedar yang umur kita semua akan meningkat. aku sendiri sudah berumur 24 tahun. lagi setahun saaja nak capai umur jubli perak. ;) nak tak nak, kita kena accept the fact yang we all are going old. masa sangat cepat berlalu, and apa yang kita perlu lakukan adalah untuk sentiasa hargai semua perkara yang berlalu. Kadang-kadang ada satu masa yang kita sering abaikan dan merasakan yang detik-detik itu tidak seberapa apa. macam contoh, masa kita ke toilet. :P or masa kita gelak ketawa dengan bestfriend. masa berlalu pantas dan kita seringkali ketinggalan untuk hargai detik-detik yang sangat berharga itu.

Bila aku dah sedar umur ini makin meningkat, aku cuba untuk lakukan sebanyak perkara yang aku inginkan selama ini. cuba untuk tingkatkan sales untuk @planetchocolatebakery. cuba untuk hargai and mengenali orang yang baru. cuba untuk appreciate every little things in life. benda-benda yang kita rasa tahpape tapi itulah yang mewarnai hidup ini.

"Passion is the reason you journey. Passion is the fire that lights your way"

Apa yang menyebabkan kita manusia sering merasakan kekosongan adalah kerana tiada passion itu. ruh untuk berbuat sesuatu. ruh untuk 'melakukan' apa yang kita idamkan atau suka.

sebagai contoh, kita katakan kita suka untuk jadi dentist. tapi bila buat clinical years di klinik gigi, kita merasa penat, sakit belakang, stress patient marah-marah dan tak puas hati. adakah itu petanda kita suka? ya, tapi kita tak passion dengan dentist. passion itulah yang menghidupkan seseorang tatkala dia penat atau stress. passion itulah yang mendorong ke melangkah ke hadapan.

di saat aku ingin melakukan banyak perkara di usia yang muda inilah aku menjadi drifted from my passion. aku cuba untuk berbuat sehabis baik dengan d&t tapi aku tersungkur mudah sebab kurangnya passion. ruh untuk berbuat sesuatu.

di saat aku ingin berbuat sehabis baik dalam @planetchocolatebakery cuba untuk baking banyak, promosi habis-habisan, update gambar se'efficient' yang boleh, kadang-kadang aku tersungkur dalam kemalasan yang merugikan. kerana tiada passion.

firasatku mengatakan, "oh, aku sudah berbuat betul-betul dan masa masih banyak lagi." padahal, di saat itu, aku hanya bergoyang kaki dan masa menjadi sangat sempit untukku.

tiba di satu saat, aku merasakan yang semua benda menghempap diriku dan aku stress. sebab kata nak buat semua benda, tapi habuk pun tiada. aku tersungkur kerana tiada passion. dan usaha itu.

lalu aku berdoa kepada Allah;

"Oh Allah. sebagaimana engkau berikan aku passion untuk travel, engkau berilah aku passion dan kekuatan itu dalam perniagaan bakeri ini dan menjadi pelajar dentist yang berjaya. Berikan aku kekuatan dan semangat untuk berbuat sehabis baik dalam d&t. berilah aku passion dan kesukaan dan rasa enjoy dalam melakukan sesuatu itu."

kalau dahulu, aku sering berdoa kepada Allah, berilah aku kekuatan untuk belajar sungguh-sungguh, buat usrah betul-betul. tapi doa sebegitu tidak memadai. kerana aku hanya berdoa untuk kekuatan. Iya, memang Allah makbulkan doa itu. Aku menjadi kuat dalam melakukan sesuatu. Tetapi hati aku hanyalah merasa kekosongan kerana tiada 'fire' itu. dan itu menjadikan aku tidak gembira.

carilah ruh itu. carilah passion itu. banyakkan berdoa pada Allah. mungkin ada yang mengatakan untuk apa. entah. aku pun tidak tahu, tapi apa yang aku sedar, ruh atau passion itulah yang menghidupkan aku, mewarnai hidupku dengan perkara yang sangat awaken. insyaAllah.



Assalamualaikum.

You Might Also Like

0 comments