Turki: #7 Istanbul Aku Datang
10:20 PM
Salam Alaykum.
Selepas trip Cappadocia, aku dan Aiza berpisah dengan Dhamirah. Dia akan meneruskan perjalanannya ke Istanbul manakala kami berdua akan ke Bursa. Perjalanan ke Bursa mengambil masa hampir 10 jam. Kami sampai Bursa awal pagi. Post mengenai Bursa sudah pun di post di sini dulu.
Hari seterusnya, kami berdua bangun sakit-sakit badan sebab main salji semalam. Oleh kerana bateri kamera sudah mati (sebab tak bawa charger), kami decided untuk jalan-jalan Istanbul tanpa sebarang gangguan seperti gadget dan kamera. Hehe.
Aiza akan pulang ke Alexandria malam ini, jadi kami perlu 'packed'kan hari pertama di Istanbul supaya ia menjadi berbaloi. Pagi-pagi lagi, selepas breakfast dan check out, Aiza menolong aku check in di sebuah hostel berhampiran yang lebih murah. Disebabkan masalah teknikal, Jagger, si receptionist tak perasan tempahan online aku, jadi dorm untuk ladies dah pun penuh. So, dia bagi aku dorm mixed, tapi dia janji yang tak ada orang laki akan masuk. Aku tak kisah, on ja.
Masuk ja, aku tengok ada 6 katil. 2 kosong. Yang penuh nasib baik perempuan semua so takde hal la kan. Dah letak barang semua, aku and Aiza jelajah Istanbul. Sebab perut lapar, kami makan .... di sebuah restoren sebelum berjalan kaki ke Masjid Biru. Untung sebenarnya duduk di area Chemberlitas Station sebab sangatlah dekat dengan main attraction di Istanbul. Chemberlitas station ni sebenarnya area Sultanahmet. Aku lagi suka duduk di sini sebab rasa lagi dekat dengan local, berbanding duduk area Taksim. Hehe.
Tempat yang kami pergi hari ini adalah Masjid Biru, Haghia Sophia, Eminonu, Galata Tower dan Kadikoy.
Masjid Biru:
Tiada admission fee dikenakan disebabkan, jadi memang ramailah pelancong di sini. Banyak kali juga aku ke sini sebab rasa tenang dan spiritual gitu. Bagi aku, kalau kita travel mana-mana, kita kena singgah masjid dia. Untuk ingatkan kita semula tentang siapa diri kita and apa matlamat travel kita. Masjid ini memang cantik dan megah. Yang bestnya, masa masuk waktu solat, hanya orang muslim dibenarkan masuk. Waktu tu memang rasa special sangat jadi orang Muslim. Pelancong Jepun, mat saleh semua kena tunggu di luar sampai solat habis. Hehe. Di halaman masjid biru pun ada macam taman. Kalau pergi masa spring memang cantik sebab ada tulip and pokok bunga berkembang mekar.
Keluar ja masjid biru akan ada Dataran Sultanahmet. Dataran ini di tengah-tengah antara Masjid Biru dan Haghia Sophia. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Haghia Sophia.
Haghia Sophia:
Bagi aku, bangunan ni memang sangat historical dan gah dan cantik. Sebuah gereja, kemudian masjid dan lepas tuh muzium.
Eminonu:
Kami ke Eminonu menaiki tram dari Sultanahmet. Kalau nak jalan kaki, dekat ja dalam 15 minit perjalanan. Kalau nak feeling-feeling local, boleh jalan kaki tengok suasana Eminonu.
Eminonu merupakan seaside Istanbul. Ada pemandangan laut yang mengasyikkan, feri, boat, burung merpati berterbangan, dan bau balik ekmek yang sangat menyenangkan. Hehe. Inilah satu part di Istanbul yang aku paling suka. Dari Eminonu, kami berjalan kaki menuju ke Galata Tower yang terletak di bahagian Asia. Penat jugalah menapak sebab Galata Tower di kawasan bukit. Sampai ja kat situ, nak dekat matahari terbenam. Jadi, ramai orang beratur untuk naik Galata Tower untuk tengok pemandangan sunset. Sebab ramai, kami tak jadi naiklah sebab nak kejar benda lain lagi. So, habis ja ambil gambar semua, kami turun. On the way turun tuh, ada sebuah kedai cenderamata. Beli sikitlah untuk orang tersayang.
Karakoy:
Karakoy bukanlah tempat tourist sangat di Istanbul. Ia lebih kepada local port. Ecehh. Sebenarnya, Aiza ada berkenalan dengan seorang Turkish yang mengatakan baklava terbaik di dunia ada di Karakoy, officially. Jadi, bagi kami yang suka try makanan time travel, why not pergi cari baklava tuh. Namanya Karakoy Guluoglu. Sampai ja kedai baklava tuh, nampak ramai sangat yang tengah makan kat situ. Line busy. So, sementara tunggu crowd clear sikit, Aiza bawa pergi makan Balik Ekmek berdekatan.
Balik ekmek ni pun antara yang tersedap di Istanbul. Dia di tempat tersorok sikit. Harga TL6, tapi ada tinjauan yang mengatakan harganya sekarang TL8. Memang kenyang untuk buat dinner time tuh. Cara nak makan: letak sikit jus lemon dan garam and makan. Sedap sangat! Masa tengah kunyah tuh, minum sikit jus salgam and memang perghh. Ini adalah gaya orang Turki makan balik ekmek. Just sit with the locals and dive! Hehe.
Lepas tuh, kami sambung beratur di Gulluoglu Baklava. Harga baklava ni sebenarnya memang mahal. 1kg pistachio baklava berharga TL66. Memang mahal and sebenarnya, tak payah beli banyak sebab baklava sangatlah manis. Cukup sekadar makan satu atau dua keping. Oleh sebab tak sabar, kami buka bungkusan baklava di situ juga dan terus ngap! Memang sedap sangat-sangat. Manis memang manis tapi, rasa macam addicted pula. Terus beli lagi sikit masa tuh.
Habis ja trip Karakoy, kami bergegas ke Eminonu semula untuk naik tram sebab kena hantar Aiza ke airport malam ni. Sempat juga singgah minum Sahlep di Eminonu. Harga secawan TL2. Sahlep ini merupakan minuman musim sejuk yang diperkenalkan semasa zaman Turki Uthmaniyyah. Minum panas-panas time winter sangatlah mengasyikkan.
Malam tuh, ambil beg di hostel, naik tran and metro ke airport dan hantar Aiza pulang ke Alexandria. Saya pula, disebabkan hari pun makin lewat, decide untuk tidur airport saja, bersama penumpang yang menunggu flight pagi. Tapi, tak lama kemudian, sepasukan tukang pembersih mengejutkan kami semua suruh kami tidur tempat lain sebab nak bersihkan area situ. Sambung tidur di tempat lain.

1 comments
OIIIIIIIIIIIII HALUUU
ReplyDelete