Turki 2014: #4 Stesen Bas Ankara

1:45 PM

Salam alaykum

Next stop kami adalah Cappadocia. Semasa membeli tiket bus di Safranbolu bus station, kami difahamkan bahawa tiada bus direct dari Safranbolu ke Cappadocia. Jadi, kami perlu transit bas di Ankara.

Bas dari Safranbolu ke Ankara mengambil masa sekitar 3-4 jam. Sampai saja Ankara, kami menggigil kesejukan. Sangat sangat sejuk walaupun di penghujung winter. Suhu di sini adalah sekitar -2C. Dalam cucaca yang sangat sejuk, saya dan Aiza tak berapa nak faham macam mana ada orang dekat luar station sejak bertungkus lumus membersihkan salji. Sebab sejuk sangat!

Perlahan-lahan, kami cuba membiasakan diri dengan suhu ini. Saya dan Aiza perlu bergegas mencari tiket bas ke Cappadocia kerana hari sudah makin lewat. Sekitar jam 9 malam begitu. Ankara merupakan pusat bandar Turki di bahagian Timur. Jadi, bas station Ankara sangatlah packed dan busy. Entah kenapa, tiba-tiba saya merasakan seolah-olah berada di Moscow (walaupun tak pernah jejak Moscow). Orang-orangnya ramai berpakaian sejuk yang ala-ala komunis. Gelap dan itu saja. Tiada fashion dan colourful outfit. Semua orang nampak sibuk dengan hal masing-masing sambil menjeling ke arah kami. Hehe.

 Usai beli tiket bas dalam harga TL24 (tak ingat) seorang, kami segera mencari surau untuk menunaikan solat jamak maghrib dan isyak. Masuk saja dalam surau, saya lihat ada yang tidur, menyusukan anak, solat, berzikir, etc. Ok, ini sudah bagus. Tempat wudhu' pun ada. So, tak perlu risau.

Tiba-tiba, waktu kita nak ambil wudhu' lah ada pakcik penjaga masuk surau wanita. Dia menghalau mereka yang duduk saja-saja dalam surau. Tetiba rasa macam surau ni tak friendly pengguna betul. Haish. Saya dan Aiza segera solat sama-sama. Waktu kami solat pun, pakcik tuh masuk, nak check ada lagi tak yang bermalas-malasan di surau. Nasib baik rezeki kami, lepas habis solat, pakcik tuh dah tak masuk. Boleh kami rehat lama-lama sikit.

Nasib orang yang tak makan malam, tiba-tiba perut berkeroncong. Aku mengajak Aiza untuk mencari makanan. Kami turun ke tingkat bawah untuk ke kedai runcit. Hmm, pilihan pun tak banyak. Lalu kami berdua mengambil sebungkus roll berintikan apetah dan air kosong.

Lepas itu, jinjing backpack cari tempat duduk sambil tunggu bas. Kami mendapat tempat di tepi laluan orang yang agak sibuk. Kalau nak tidur pun memang tak dapatlah sebab bising dan ramai orang. Tapi, Aiza dapat tidur! Hebat! Saya berjaga sebab nak jaga barang semua kan.

Dah nak dekat waktu boarding, Aiza bangun dan kami makin cuak, takut tertinggal bas ke apa ke. Tapi, singgah toilet(WC) dulu. Iyelah, cuaca sejuk kan. Dah selesai, kami berlari-lari ke platform. Iyelah, tinggal 10 minit lagi. Tengok-tengok, bas dah start undur dah. Amboi, awal 7 minit. Apa apa pun, Alhamdulillah, dapat naik bas.

Next: apa yang berlaku di Nevsehir (station bus di Cappadocia) 

You Might Also Like

0 comments