camlica hills dan sultan muhammad al fateh

11:22 AM

salam alayk

"hos geldiniz!"

ujar pakcik penjual roti di depan saya sambil mendepakan tangannya. sungguh-sungguh betul mengalu-alukan kedatangan saya ke turki.

saya yang sedang kepenatan dan sesat menghadiahkan senyuman yang tidak seberapa kepada dia. sebenarnya saya baru saja turun dari bukit camlica di istanbul. kata orang, pemandangan satu istanbul cantik jika dilihat dari bukit camlica. jadi saya mengambil ferri dari eminonu ke uskudar dan dari bus station uskudar, saya naik bus nombor 6. sebenarnya ada dua camlica hills. tapi saya pergi camlica hills yang tak berapa nak cantik. tapi, daki jela.

suasana di bukit itu senyap. tapi sangat-sangat mendamaikan. sesuai buat orang yang kekusutan minda, tapi tak berapa nak sesuai buat saya yang sedang lonely. haha. perlahan-lahan saya daki bukit itu. angin spring makin kuat terasa. saya berjalan lagi. sehingga saya nampak di depan saya satu pemandangan yang cantik.

bunga-bunga kecil tumbuh di tepi trek jalan. pelbagai warna. pelbagai corak. pokok-pokok berterabur dan cahaya matahari terpancar di celah-celah ranting yang baru mengeluarkan daun. saya keseorangan ketika itu. lalu saya menutup mata saya. saya membuka semula, dan jelas, saya masih keseorangan. tapi, heyy! only nature dan aida di situ.  jadi, saya bercuddle-cuddle dengan nature la. subhanallah.

sambil saya menjamu mata, tanpa saya sedari, saya sudah berada di puncak camlica hills. ada lah beberapa pakcik yang saya pun tak tahu tujuan dia ke sini (agak mencurigakan), pasangan budak sekolah dan tukang kebun. saya mengambil satu kerusi dan duduk. merenung ke arah kota istanbul di bawah. sekadar melepaskan pandangan kosong. dan ketika itu, Allah menjelmakan suatu ilham buat saya.

saya melihat bentuk muka bumi istanbul. didasari dengan tujuh buah bukit sehingga dahulunya istanbul digelar kota tujuh bukit. dan hampir di semua puncak bukit tersebut, terbinanya masjid-masjid seperti masjid biru, masjid fatih dan sebagainya. dari jauh, nampaklah minaret-minaret masjid terjulang tinggi ke langit.

saya yakin, pasti ramai sudah tahu bagaimana istanbul dibuka. kisah bagaimana sultan muhammad al-fateh membuka kota constantinople menjadi kota istanbul. bagaimana hadis rasulullah s.a.w. cuba diimani oleh setiap khalifah yang ingin membuka kota rom ini. macam mana mereka tak dapat masuk ikut pintu laut, tapi diilhamkan Allah, mereka masuk ikut pintu darat. mohon kaji sejarah ok.

sabda Rasulullah s.a.w.:

"Constantinople akan jatuh ke tangan tentera islam. rajanya adalah sebaik-baik raja. dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.." hadis riwayat imam ahmad.

saya amat kagum bagaimana tenteranya boleh mengangkat kapal yang berat merentasi bukit-bukit di istanbul. kalau nak bawa kapal di laut pun, dah cukup hebat. ni bawa kapal di darat. sudahlah kawasan bukit-bukit. waktu malam pula. dengan penatnya. dengan tak cukup rehatnya. dengan bawa kapal?

kekuatan apakah yang mereka tonjolkan ini? dari manakah datangnya? dari nutrient-nutrient makanan sedap-sedap? dari latihan pergi gym bina badan sebulan? dari latihan bina ketahanan otot kasi ketak-ketak?

kata orang, kita kuat kerana usaha kita. kita berjaya sebab kita dah usaha. tapi kita lupa, Allah yang bagi keberkatan pada usaha itu, lalu Dia mudahkan segalanya untuk kita. Dia tundukkan segalanya untuk kita.

possible saja waktu mereka angkat kapal, Allah hantarkan malaikat untuk ringankan beban mereka.
possible saja bila mereka lapar waktu angkat kapal, mereka lapar, tapi Allah cukupkan kekenyangan buat mereka.
possible saja bila ada antara mereka tercedera (mungkin kaki tergelek masuk bawah kapal), tapi Allah tak menjadikan itu sakit buat mereka.

siapa kata benda itu semua impossible? bila kita yakin dengan kekuatan Allah 100%, kita akan nampak semua benda possible depan mata kita. Allah akan makbulkan ia. tapi dengan syarat, we put our effort into it. then, Allah will give His blessings and make it easy for us.

saya melihat diri saya, daki bukit camlica pun dah penat pe kes? tak bawa kapal lagi. bukan sebab tak cukup latihan, nutrient dalam badan, malah terlebih-lebih. tapi sebenarnya, kita ini kekurangan iman terhadap Allah. Iman itulah yang menguatkan jiwa-jiwa dan sendi-sendi kita. bukan beriman 20% atau 50% ya, tapi beriman 100% totally. no doubt, no worries, period.

firman Allah:

"
wahai orang yang beriman. masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (2:208)

moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita, menghapuskan dosa kita dan masukkan kita ke dalam syurga firdausi, insyaAllah. :)

dalam feri dari eminonu ke uskudar

bus station in uskudar

akp parti

banners near akp office in uskudar

lost in the neighbourhood nearby

camlica hills. no people



kasi chan la ok.

spring is coming!











pakcik penjual roti

signboard in the bus



assalamualaikum!

You Might Also Like

0 comments