mengejar ombak Matruh

3:28 AM

salam alayk

"baiklah. kali ini, kita akan berkongsi sedikit kesan dengan apa yang kita dapat." zimam menutur di depan bas.

bas baru sahaja meninggalkan siwa dan kami dalam perjalanan selama 4 jam ke matruh. dalam bas, saya tak buat apa sangat. cuma melayan pemandangan kerana saya pening jika membaca.

"kita mulakan dengan ustazah dahulu lah. ustazah ezza, mahu?" zimam menjemput saya ke depan.

saya terkejut. kenapa saya? malunya dengan ramai budak lelaki di belakang bas. dengan orang asing. nak cakap pasal apa?

"enggak ngapa ustaz. orang lain lah."

"mungkin ustazah boleh kongsi serba sedikit hidup di india. ataupun cuba tuturkan bahasa india." zimam mendesak. di belakang, sorakan sudah kedengaran. Ah, sudah. ustaz tak ustaz, semua sama ja. segan!!

wahid yang duduk di belakang saya memberi kata semangat. ayuh, ustazah! saya menghela nafas berat. sebenarnya ada saja kisah yang mahu dikongsi, tapi atas alasan segan, saya jadi berat hati. tanpa saya sedar, saya dah bangun dari kerusi saya dan berjalan ke hadapan bas. sorakan budak laki makin kuat.

saya ke depan bas, memandang seluruh orang di dalam bas itu. cuma mengambil kekuatan dan keberanian untuk bercakap di hadapan orang yang langsung saya tak kenali, tapi masing-masing cuba memberi perhatian terhadap saya. mungkin mereka teruja saya satu-satunya dari tempat yang asing dan mereka semua belajar di seluruh pelusuk mesir. ah, pedulikan perasaan gementar. saya mula bertutur.

"assalamualaikum. (dan kemudian perkenalan diri, etc.)"

"jika ditanya pada saya, mesir dan india mana lagi bagus? sejujurnya, saya rasa india lagi bagus. mesir lagi kotor, lagi buruk, sistemnya sangat teruk. india itu sistemnya mungkin buruk, tapi tiada seteruk mesir. kotor india, masih ada bersihnya. tapi kalau kotor mesir, kotor yang teramat, ya Allah."

"saya masih ingat dahulu, sebelum saya datang ke mesir dan turki, saya selalu berdoa kepada Allah agar disampaikan saya kepada mesir dan turki. sampaikanlah saya, moga rezeki saya ke sini ada. kerana apa? kerana ini bumi berkat, bumi Allah, bumi sejarah, yang mana pernah disebut oleh Allah dalam Quran. saya berasa risau jika saya tak berkesempatan ke sini."

"tapi Allah sampaikan juga saya ke mesir. ke bumi anbiya yang pernah menyaksikan kisah Nabi Musa, Nabi Harun, dan sebagainya. sejujurnya, saya sangat jeles dengan kalian. kerana kalian menuntut ilmu di bumi anbiya, bumi suci, bumi yang dipilih Allah yang mana bila berjihad, masyaAllah pahalanya berganda."

"janganlah kalian berasa berat ataupun susah belajar di sini kerana bahaya, demo ke apa. kerana saya sangat cemburukan kalian. seburuk-buruk mesir, ia adalah bumi anbiya. sekasar-kasar orang mesir, mereka itulah orang yang dipilih Allah. bersyukurlah." saya senyum dan menutup kata-kata saya dengan salam.

ibaratnya adalah seperti pelajar di india dan di mesir, mana yang lebih banyak pahala? wallahu ahlam tapi bagi saya, ujiannya lagi banyak di mesir. dugaan demi dugaan datang, sehingga terpaksa pindah ke universiti di india dan malaysia. firman Allah dalam At-Taubah:19

Apakah yang memberi minuman kepada orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang zalim. (9:19)

kat sini, Allah tunjuk perbandingan antara orang yang beri minuman kepada jemaah haji dan mereka yang berjihad di jalan Allah. kedua-duanya tak sama di sisi Allah sebab memang Allah akan pandang orang yang berjihad lebih daripada orang yang beri minuman ja.

sama lah situasi antara student india dan mesir. which one yang Allah tengok lagi? Wallahu Ahlam tapi kita reflect balik diri kita. kalau kita betul-betul berjihad di jalan Allah, insyaAllah Allah akan pandang. Allah akan hisab dan itu adalah sebaik-baik ibadah, insyaAllah. tapi kalau ibadah acuh tak acuh, memang ke laut la kan. huhu.

gambar di matruh:




ayuh, kita ke pantai!

kasi chan main air sikit


when u are able to see the stones, it means that the water is super duper clear!





next: hamam cleopatra


excessive edit. -.-"





sangat menyenangkan. ;)

my travel feet disimbah air

last sunset

rehat di masjid where i found the world worst toilet. :(


sometimes, we forgot to be grateful on what we have. :) take a deep breath and say Alhamdulillah.

Wallahu Ahlam.

You Might Also Like

0 comments