merasai Nil
12:14 AM
salam alayk.
saya bertanya padanya,
"tak sedih ke nak balik malaysia dah?"
"tak lah. lagipun, akan datang ke sini lagi." dia membalas.
saya memandang raut mukanya. kemudian, saya mengalihkan pandangan saya ke pemandangan di hadapan saya. dia hanyalah orang asing yang saya jumpa di airport cairo. namanya pun saya tidak bertanya. sekadar bertegur sapa.
"dari mana?" dia bertanya pada saya sewaktu dia berbaris di belakang saya di kaunter immigrasi.
"dari india. datang sini lawat kawan." saya menjawab.
"owh, india. india dekat mana?" dia bertanya lagi.
"di manipal. hmm, ramai juga student mesir di situ." saya menjawab.
dia bertanya lagi, ke manakah saya pergi, ada orang jemput ke tak, ada musyrif tak dan pelbagai soalan.
saya merasa sedikit janggal kerana ditembak soalan bertubi-tubi daripadanya. saya bermula menanyakan soalan.
"study sini ke?"
dia mengangguk.
"medic?" saya bertanya lagi. dia mengangguk. tadi dia tanya saya scholar mara atau jpa, saya cuba bertanya soalan yang sama.
"tak ah. bukan dua2...." dia menjawab dan jawapan seterusnya saya tidak mendengar dengan jelas. dia menunduk lagi.
saya merasa segan untuk bertanya lagi. kemudian, tiba giliran saya di kaunter. setelah habis, saya cuba untuk tunggu dia. dan berjalan bersama dia ke bawah untuk mengambil bagasi kami.
pada mulanya, saya tidak bercadang untuk mengambil trolley kerana hanya ada dua beg, backpack dan beg tarik. kemudian, saya menukar fikiran dan bergegas ke tempat trolley. dia menjerit pada saya,
"eehhhh.. tak payah-tak payah. ada ni." dia menunjukkan trolley kosong di sebelah dia.
"terima kasih." saya merasa sedikit segan.
beg yang saya tunggu tidak berkunjung tiba. saya melihat jam terakhir beg sampai adalah pukul 9.30 pagi. sekarang bar pukul 9.10 pagi. dia yang sudah mendapat begnya mengucapkan selamat tinggal dan beredar.
pukul 9.20 am, screen menunjukkan tiada beg lagi. saya kecewa. beg saya tertinggal di istanbul. saya cuba untuk tidak nangis. cuba untuk bersangka baik. cuba untuk fikir dari sudut positif. semua ini, Allah yang rancang. mungkin, beg nak merasa duduk di istanbul lagi. tak ready nak datang cairo, saya bermonolog dalaman. cuba memujuk hati. setelah membuat aduan, saya keluar dengan trolley yang mengandungi backpack saja. saya melangkah berat hati.
di luar, saya melihat dia menunggu saya. saya terkejut.
"kenapa lama sangat? kena tahan ke?" dia bertanya curious.
"tak lah. beg tertinggal di istanbul!" saya menjawab.
dia tergelak. dan menyambung semula.
"owh, ingatkan kena tahan. haaa..!! tu ujian pertama!"
saya terdiam. Allah, deepnya perkataan tuh. dahulu, di kms, ada seorang ustazah ni pernah belajar di mesir. dan dia pernah mengatakan bahawa
"mesir adalah bumi anbiya. balasan baik atau buruk cepat datang."
saya teringat balik kata-kata ustazah itu. saya tak tahulah yang saya ni kena ujian apa, tapi nak katanya, memang Allah nak kita muhasabah diri, bersihkan niat betul-betul waktu datang bumi barakah. nak ceritanya betapa barakahnya bumi mesir ni, sewaktu di atas flight, apa yang saya lihat hanyalah padang pasir. kering. tiada hidupan dan tumbuhan. kemudian, perlahan-lahan, saya melihat kawasan yang sangat subur, hijauuu, dan berpenduduk. dan ketika itu, tahulah saya bahawa saya di atas cairo. dan saya tahu apa puncanya. sungai nil! saat saya teringat sungai nil, ia muncul di luar tingkap saya. subhanallah. dan tahulah saya mengapa ada orang mengatakan,
"sungai nil dan mesir itu jodoh!" saya tersenyum sendirian.
dan mengenai jawapan dia di permulaan post, dia berkata yang dia akan datang lagi di mesir walaupun sudah habis pengajian. saya terfikir apa yang menjadi sebab di sebalik pernyataannya itu. dan setelah 12 hari di mesir, saya mendapat jawapan. Allah..
walaupun tak ramai ingin ke mesir kerana negara bergolak, tak selamat, orang Arab kasar dan sebagainya, tapi bagi saya, bumi itu terasa hidup ruhnya. lagi hidup daripada Turki!
memang betul segala sangkaan buruk tentang mesir itu benar, tapi bukan kesemua penduduknya. walaupun saya melihat signboard tepi jalan memaparkan dilarang mursi, dan di suatu dinding, saya melihat wajah as-sisi dicat dengan penuh hormat, itu hanyalah di luarannya.
di tram, saya melihat wajah wanita mesir itu cantik kesederhanaan. mungkin wajah asiah seperti ini, saya berbisik pada hati saya. dan orang lelakinya pula, putih berjambang dengan rambut yang sedikit kerinting. mungkin seperti ini raut wajah nabi-nabi yang pernah mendiami bumi ini.
pernah sekali saya tersesat mencari supermarket. ketika itu, saya keseorangan. saya membeli sesikat pisang dari penjual tepi jalan. kemudian, saya bertanya soalan;
"fathalla?". dia seperti tidak pernah mendengar tempat itu. namun, dia tidak berhenti di situ.
dia bercakap dalam arab yang saya kurang fahami. tetapi, bahasa tubuhnya menjelaskan bahawa "tunggu, saya akan bertanya pada orang lain." dia menahan seorang lelaki yang sedang berjalan dan lelaki itu datang pada saya;
"what you are searching for?" lelaki itu bertanya dalam Inggeris.
"fathalla. supermarket." saya menjawab. sekali lagi, dia semacam tidak pernah mendengar.
"wait, i'll ask somebody." dia menyuruh saya tunggu dan memasuki kedai gunting rambut.
dia kembali semula dan memberi directions yang betul. Alhamdulillah. apa yang saya nak ceritakan bukanlah bagaimana saya ke supermarket, tapi macam mana orang arab kat sana tolong saya. nak ceritanya seorang tak dapat, dia pergi cari orang lain, orang lain tak dapat, dia cari orang lain pula. Allah.
dan makcik-makcik pengemis di sana, selepas mendapat duit, dia akan mendoakan kita, insyaAllah. dan ketika saya bertemu dengan peminta sedekah di india, saya kecewa. mereka orang bukan islam, dan mereka tidak akan mendoakan kita.
di bumi yang penuh dengan azan yang bersahutan, masjid yang bertaburan, kedai-kedai yang beralunkan Quran dan di sebalik orang arab yang bergurau seperti mahu bergaduh besar, hati saya rasa tenang. di sebalik lorong-lorong bangunan yang lama dan hanya berwarna tanah, saya merasa nostalgia. mungkin, dinding ini pernah diconteng dengan begitu banyak perkataan Allahu Akbar semasa demonstrasi. dan apabila saya mendengar orang berbahasa arab mesir yang saya kurang faham, mata saya bulat dan saya merasa sangat excited dan bersemangat! bahasa arab sangat menarik! intonasinya, entah semacam ada sesuatu yang bagus di situ. dan tidak pernah membosankan.
keramahan penduduk tempatan sangatlah terasa. begitu juga dengan pelajar malaysia dan indonesia yang sangat-sangat terasa adab mengalu-alukan tetamu yang sememangnya sangat tiptop!
Allah, walaupun bumi ini diperintah As-Sisi, ia masih milikMu. apa yang saya rindui di Mesir bukanlah lautnya semata-mata, bukanlah tempat bersejarahnya, tetapi ruhnya. Dia masih hidup. mesir masih hidup. ruh islamnya belum padam lagi. insyaAllah, sinaran Islam akan datang lagi. Allahu Akbar!
mode rindu mesir. nak datang lagi. moga Allah sampaikan saya ke mesir lagi. insyaAllah, amin!

padang pasir, sungai nil, dan tanaman menghijau! |
dan mengenai jawapan dia di permulaan post, dia berkata yang dia akan datang lagi di mesir walaupun sudah habis pengajian. saya terfikir apa yang menjadi sebab di sebalik pernyataannya itu. dan setelah 12 hari di mesir, saya mendapat jawapan. Allah..
walaupun tak ramai ingin ke mesir kerana negara bergolak, tak selamat, orang Arab kasar dan sebagainya, tapi bagi saya, bumi itu terasa hidup ruhnya. lagi hidup daripada Turki!
memang betul segala sangkaan buruk tentang mesir itu benar, tapi bukan kesemua penduduknya. walaupun saya melihat signboard tepi jalan memaparkan dilarang mursi, dan di suatu dinding, saya melihat wajah as-sisi dicat dengan penuh hormat, itu hanyalah di luarannya.
antara mursi dan sisi. |
di tram, saya melihat wajah wanita mesir itu cantik kesederhanaan. mungkin wajah asiah seperti ini, saya berbisik pada hati saya. dan orang lelakinya pula, putih berjambang dengan rambut yang sedikit kerinting. mungkin seperti ini raut wajah nabi-nabi yang pernah mendiami bumi ini.
di dalam tram |
pernah sekali saya tersesat mencari supermarket. ketika itu, saya keseorangan. saya membeli sesikat pisang dari penjual tepi jalan. kemudian, saya bertanya soalan;
"fathalla?". dia seperti tidak pernah mendengar tempat itu. namun, dia tidak berhenti di situ.
dia bercakap dalam arab yang saya kurang fahami. tetapi, bahasa tubuhnya menjelaskan bahawa "tunggu, saya akan bertanya pada orang lain." dia menahan seorang lelaki yang sedang berjalan dan lelaki itu datang pada saya;
"what you are searching for?" lelaki itu bertanya dalam Inggeris.
"fathalla. supermarket." saya menjawab. sekali lagi, dia semacam tidak pernah mendengar.
"wait, i'll ask somebody." dia menyuruh saya tunggu dan memasuki kedai gunting rambut.
dia kembali semula dan memberi directions yang betul. Alhamdulillah. apa yang saya nak ceritakan bukanlah bagaimana saya ke supermarket, tapi macam mana orang arab kat sana tolong saya. nak ceritanya seorang tak dapat, dia pergi cari orang lain, orang lain tak dapat, dia cari orang lain pula. Allah.
dan makcik-makcik pengemis di sana, selepas mendapat duit, dia akan mendoakan kita, insyaAllah. dan ketika saya bertemu dengan peminta sedekah di india, saya kecewa. mereka orang bukan islam, dan mereka tidak akan mendoakan kita.
penyanyi femes. |
di bumi yang penuh dengan azan yang bersahutan, masjid yang bertaburan, kedai-kedai yang beralunkan Quran dan di sebalik orang arab yang bergurau seperti mahu bergaduh besar, hati saya rasa tenang. di sebalik lorong-lorong bangunan yang lama dan hanya berwarna tanah, saya merasa nostalgia. mungkin, dinding ini pernah diconteng dengan begitu banyak perkataan Allahu Akbar semasa demonstrasi. dan apabila saya mendengar orang berbahasa arab mesir yang saya kurang faham, mata saya bulat dan saya merasa sangat excited dan bersemangat! bahasa arab sangat menarik! intonasinya, entah semacam ada sesuatu yang bagus di situ. dan tidak pernah membosankan.
daging lembu yang sangat jarang di india. |
ebrahimiya tram station |
gama'ah tram station. |
typical kedai kopi. |
jzkk to mieyn dan kila. dan juga hazqel! |
jzkk to alak and muhaimin. |
and my dearest ukhti, i miss you. jzkk for the hospitality. |

0 comments