merindui Ya Rabb

9:28 PM

salam alayk

setiap kali saya mahu mula menulis dalam blog, saya selalu berhenti dengan menekan save. kiranya, apa yang saya tulis itu hanyalah menjadi draft semata-mata. tidak berguna and useless jika statusnya masih draft. dan selepas itu, saya akan membaca entry2 saya sebelum ini. entry pada 2 atau 3 tahun lepas. dan saya malu dengan diri saya ketika itu.

Allah, saya tak tahu apa yang kalian rasakan, tapi apabila saya membaca post saya yang sebelum ini, saya dapat merasa ruh islam itu wujud dalam diri saya ketika itu, dan membacanya seolah-olah merasa perkara itu baru saja berlaku semalam. post-post itu wujud ketika saya di zaman IB.

walaupun IB tuh menyesakkan dada dan fikiran, ada perasaan nak drop, even nak bunuh diri pun ada (serius!), tapi sesesak mana IB tu pun, waktu itulah saya merasakan diri saya paling dekat dengan Allah. rasa kebergantungan pada Allah tuh sangat2 menakjubkan. segala kesusahan itu rasa ringan bila kita menyandarkan dan menyerahkan segalanya pada Allah.

dan kini, saya terdiam. saya tak tahu apa yang perlu dikongsi. setiap kali habis usrah, saya kembali kepada rutin normal saya dan menunggu masa untuk usrah seterusnya. dan kitaran itu berlaku apabila saya di manipal.

tipulah kalau saya katakan hidup di manipal ini tidak mencabar. sangat mencabar terutamanya dari segi study. tapi IB lagi teruk! dan saya kurang rasa mencabar dari segi nak pertahankan faith in Allah tuh. walaupun dekat overseas.

mungkin sebab tuh, ada kakak senior yang nak balik malaysia, mengatakan bahawa mereka takut untuk pulang ke malaysia. kerana malaysia adalah medan perjuangan. dan india adalah medan latihan saja. di malaysia, ujiannya lagi hebat. Allah akan uji kaw2. dan begitu jugalah hati saya ini. saya masih bermimpi di sini. dan masih bermain-main dan leka di india. Allah..

sejujurnya, saya rindukan naungan Allah itu. rindukan tatkala saya membaca ayat-ayat Allah, dan hati saya mudah tersentuh, merasa hidup ruh islam apabila usai sesi usrah minggu itu dan berjaulah, berusrah ketika suasana yang tak mengizinkan.

Allah uji betul-betul sebab nak saya ingat Dia. such a true words it is. Allah, saya rindu Allah. jika ujian dan musibah itulah yang terbaik untuk saya  ingat Allah, silakan. because i miss Him so much. :'( moga Allah berikan apa yang terbaik untuk saya dan yang lain.

di muntazah, alexandria

p/s: count down to 5 more months left in india, then malaysia forever, insyaAllah.

You Might Also Like

3 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. dah habis study ke?

    antara salah satu bentuk ujian adalah kesenangan juga. Allah nak lihat sama ada kita ingat dia atau tidak sewaktu kita senang. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 bulan lagi untuk habis study di india insyaAllah. insyaAllah, dan ujian jugalah penanda Allah itu masih sayang pada kita. :) jzkk ukhti

      Delete