mengunjungi mereka di eyup

2:19 AM

salam alayk

nafas saya tercungap-cungap. saya menala pandangan ke arah depan. ada makcik di depan saya yang sudah menuruni bukit. jika dia boleh, masakan saya tidak! saya memandang ke arah kanan saya. lereng bukit di sebelah kanan saya dipenuhi dengan tanah perkuburan orang muslim. dan ia berakhir dengan sebatang jalan dan kemudiannya golden horn. saya meneruskan perjalanan ke atas bukit eyup dengan mendaki walaupun ada cabel car disediakan. alasannya, mahu menjiwai setiap perjalanan itu. cewh!

sambil saya mendaki jalan-jalan yang berbatu-batu itu, saya melihat ada simpang ke kiri, entah ke mana, saya masuk. dan tidak sampai 10 langkah, tangga itu berakhir dengan sebuah kubur. saya turun semula dan mencuba pelbagai simpang lagi.

dan sampai satu simpang, saya masuk ke dalam, jauh ke dalam meninggalkan riuh rendah orang di jalan utama. saya kira, apa salahnya masuk ke simpang ini. saya melihat sebelah kanan saya, ada sebuah keluarga sedang membaca yassin untuk seorang arwah. saya berjalan lagi, sehingga saya sedar yang saya sudah keseorangan. ya, keseorangan di tanah perkuburan eyup. dan tempat itu sangat besar, jauh dari apa yang saya sangkakan.

sebenarnya, saya sedang mencari kubur arwah ammar. tapi, memang tak jumpa sebab besar sangat. siap ada nama jalan dalam kawasan perkuburan itu. dengan tiada nama jalan dan sesat, saya redha jela. lamunan saya hilang apabila seorang tukang kebun menghampiri paip air berdekatan dengan saya. dia memandang saya, mungkin pelik dengan kehadiran seorang perempuan asing di kawasan kubur yang agak sunyi. saya mengendahkan dia dan terus menjiwai suasana yang tenang itu.

walaupun saya keseorangan ketika itu, tiadalah perasaan takut atau gubra, melainkan yang ada hanyalah perasaan yang tenang. rasa tenang sangat yang saya tak pernah rasa sebelum ini. Allah..

saya mengalihkan pandangan saya ke arah golden horn. di depan saya hanyalah lereng bukit yang dipenuhi kubur sehingga ke bawah. angin musim bunga bertiup perlahan. saya perhatikan dahan pohon togel di sebelah saya. sudah mengeluarkan bunga! saya tersenyum. ironinya! di sebuah tanah perkuburan yang mengandungi jasad manusia yang terbujur kaku, saya melihat kehidupan yang lahir dari sebatang dahan.

suasana yang sunyi langsung tidak menggusarkan saya. saya muhasabah sebentar. kadang-kadang, bila kita seorang diri di tempat asing, kita akan mula menumpukan seluruh perhatian pada diri kita dan alam, tiada perantara atau manusia di tengahnya.

"tenangnya bersemadi dekat sini!" saya menjerit dalam hati.

saya terfikir semula. kalau jasad-jasad di sini sudah bersemadi dengan tenang dan aman, bagaimanakah dengan ruh mereka di alam sana? subhanallah. jika di sini mereka sudah mengecapi rasa bahagia itu, bagaimana pula cerita gembira mereka di sisi Allah? Allah..

saya sudah mula merasa jeles. tapi, insyaAllah moga mereka adalah manusia terbaik untuk umat ini, insyaAllah. dan moga kita mendapat pengakhiran yang terbaik di sisi Allah, insyaAllah.

perlahan-lahan, saya mengucapkan salam kepada ahli kubur, risau jika terlalu asyik dengan tempat tourist ni, kita lalai dengan adab bersama orang yang sudah meninggal.

saya kembali ke jalan besar, tetapi saya sesat sehingga kubur orang sudah lama meninggal. saya nampak dari jauh ada pengawal keselamatan menghampiri. habislah! saya melarikan diri sehingga ke jalan utama semula dan meneruskan perjalanan ke puncak.

di puncak, agak ramai orang di kafe pierre lotti! tapi, bila fikir balik, walaupun kawasan ini kawasan perkuburan, banyak kafe cinta diwujudkan atas legenda cinta pierre lotti bersama kekasihnya. dan sehingga kini, ramai orang sekadar memanjat atau mendaki eyup hanyalah untuk menghirup kopi panas di puncak yang menghadap golden horn. tidak salah, tetapi bagi pendapat saya, mendatangi kawasan perkuburan merupakan satu takzkirah dan ibrah untuk kita mengingati mati. mengingati bahawa suatu hari nanti, kita akan kembali kepada Allah.. wallahu ahlam.

perjalanan saya di eyup berakhir dengan memebeli dua helai tudung turki pada harga TL15! alhamdulillah, murah. dan saya sempat mengunjungi masjid eyup yang agak sesak ketika itu. rupa-rupanya ada solat jenazah. Allah. ketika saya menjejak kaki ke perkarangan masjid, sebuah keranda berebut-rebut diusung oleh pelbagai manusia. budak-budak kecil pun join. yang tak dapat sentuh pun ada, janji ikut. janji dapat sentih satu jari pun memadai.

Allah, apalah jasa si arwah sehingga Kau memuliakan dia di saat dia bertemuMu. dan saya teringat arwah ammar. agak rasa terkilan kerana tidak mampu mencari kubur arwah. yang saya mampu, mendoakan al-fatihah kepada semua ahli kubur sajalah. insyaAllah.

suatu ayat dalam buku 'secangkir teh pengubat letih' yang saya baca sepanjang jaulah,

"menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. itulah yang dikatakan, 'siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. kesannya pula ialah, 'cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'."

melihat alam dari konteks seorang muslim, bukan pelancong, bukan pelajar, bukan kawan dan bukan kakak. kerana saya keseorangan, jiwa ini lagi terfokus pada diri sendiri dan alam. dan melihat itu, bukan dari mata kasar, live view kamera atau apa, tapi dari mata hati. insyaAllah. moga Allah buka hati kita untuk terima segala petunjukNya, insyaAllah. :)

ehem, everyday punya laluan. haghia sophia.


after dropped from the bus. that's all graveyard.






makam ayyub al ansari 

perkarangan masjid

dalam masjid eyub

You Might Also Like

2 comments

  1. nice aida. ijat harap ijat akan sampai ke sana juga one day. =')

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, ijat! moga Allah permudahkan. :)

    ReplyDelete