safranbolu
12:00 AM
salam alayk
Jam menunjukkan sudah pukul 6.54 am. Saya
terkocoh-kocoh untuk bangun menunaikan solat Subuh. Mungkin kerana aktiviti
semalam yang agak memenatkan, kami tertidur keletihan.
Seusai menunaikan solat Subuh, saya melihat
ke luar tingkap. Pemandangan safranbolu pada pagi itu sangat menenangkan.
Sumpah! Sangat tenang. Hilang habis segala kepenatan semalam. Saya melihat kea
rah bukit hirdirlik. Cantiknya. Lebih-lebih lagi, ketika itu, sinaran matahari
pagi itu menyerlahkan lagi suasana bukit itu.
Saya mengejutkan aiza.
“adik, bangun. Bangun. Jom, kita keluar.”
Dia kelihatan masih letih.
“adik, cuba tengok pemandangan luar
tingkap. Kau tak rasa terliur ke? Cantik sangat.” Saya memujuk.
Dia bangun perlahan-lahan dan mendekati
tingkap bilik.
“biasa ja. Haha.”
“cantik la.” Saya membalas. Sebenarnya,
saya mahukan shot yang paling cantik dalam kamera saya. Ehehe.
“jom, siap.” Saya menggesa dia lagi.
“ok.”
Pagi itu, yasmein menyediakan sarapan yang
paling sedap saya pernah rasa di Turki. Ada daging salami, cheese, jem, roti,
tomato, timun, dan semestinya, teh turki!
“you want some Turkish tea?” yasmein
bertanya.
“yes, sure please.” Saya membalas
senyumannya. Aiza juga mahu.
Kami bercadang untuk menunda tiket bus ke
Ankara dari pukul 1.30 pm ke 6.00pm. Baru puas jalan safranbolu! Eheh.
Setelah check out dan meletakkan barang kami di bilik laundry, kami keluar.
Allah, sejuknya! Pagi itu, cuaca adalah 4C.
sampai berasap-asap la kami bercakap. Tangan asyik nak pakai gloves. Kesejukan
yang mencengkam. Waktu tu cuba nak betulkan niat jaulah. Moga kita datang dekat
sini, betul-betul kerana Allah. Segala susah payah yang kita akan lalui, segala
kesejukan yang kita tempuhi dan segalanya, insyaAllah tidak menjadi sia-sia
bila niatkan untuk Allah. Semoga kita belajar ibrah daripada Allah melalui
jaulah ini.
Kami berjalan ke arah jalan besar dan
menuju tourist office. Seusai membeli beberapa poskad, officer itu mengajak
kami untuk menyertai satu group lawatan ke gua dan sebuah perkampungan ottoman.
Kami menolak atas alasan masih belum menjelajah pekan safranbolu lagi.
Kami meneroka Bandar itu. Nyatanya,
safranbolu adalah Bandar yang besar. Kawasan perkampungan ottoman yang kami
tinggal namanya Eski Carsi. Sebutan, ‘eskijarsh’. Semasa berjalan-jalan di atas
jalan yang berbatu-batu dan dikelilingi dengan rumah ala ottoman, saya
berimaginasi. Cukuplah mengandaikan saya berjalan ketika zaman uthmaniyyah.
Melihat penduduk memakai pakaian tradisional mereka, berbual-bual di luar
masjid mengenai hal-hal yang bermanfaat, minum salep. Tidak kurang juga,
mengandaikan saya berada pada zaman Badiuzzaman Said Nursi. Saya ada melihat di
dalam filemnya. Suasananya, seperti inilah. Apa yang saya lihat.
Tapi, andaian saya berbeza dengan realiti
yang saya hadapi. Jujurnya, apabila saya bandingkan masyarakat safranbolu dan
Istanbul, saya lagi sukakan safranbolu. Walaupun ianya sudah moden, pakaian
penduduk sudah berubah mengikut arus permodenan dan secularism yang
diperjuangkan Ataturk, tapi budinya mesih terpelihara. Sopannya masih terjaga.
Saya masih ingat semalam, ketika saya dan
aiza berjalan pulang ke hostel dari sebuah jambatan, kami terserempak dengan
seorang pakcik. Dia baru pulang dari masjid.
Aiza berkata pada saya,
“tadi, waktu nak datang pun pakcik tuh ada.
Jemaah lain tiada.”
Rupa-rupanya, pakcik itulah yang
mengazankan maghrib, dan dialah satu-satunya jemaah di masjid itu. masyaAllah.
Orang macam inilah yang sebenarnya menghidupkan ruh islam dalam Bandar ini.
Pernah sekali, saya mengira jumlah masjid
dalam kawasan Eski Carsi. Jumlahnya ada dalam 8 buah masjid! Banyak sungguh.
Pekannya, saya kira mungkin lagi kecil daripada manipal. Tapi, subhanallah.
Saya berfikir sejenak, bagaimana jika di zaman uthmaniyyah? Kiranya, ramai
jugalah yang mengimarahkan masjid. Fungsi masjid pasti luas, merangkumi
sekolah, tempat perhimpunan, balai awam, tempat beriadah melalui padang yang
disediakan. masyaAllah. Dalam diam, saya kagum dengan masyarakat Turki.
Semasa kami meneroka Bandar itu, kami masuk
ke sebuah masjid. Di dalamnya ada sebuah jam antic yang menyatakan masa melalui
sinaran matahari. Tiba-tiba, datang seorang pakcik menerangkan fungsi jam itu.
Tapi, dalam bahasa Turki! Alhamdulillah, kami faham juga kerana bahasa tubuhnya
sudah memadai. Hehe.
“tasyqurlaa.” Kami senyum kepada dia.
Kami keluar dari masjid, kelihatan dia ada
di tepi masjid. Di dalam kedainya. Owh, rupa-rupanya, dia ada kedai rupanya.
Kami membeli sedikit fridge magnet sebagai courtesy. Ala, tiada mahalnya.
Saya dan aiza berjalan lagi. Saya melihat
map semula.
“hmmm, apa kalau kita pergi bukit hidirlik?”
saya bertanya pada aiza.
“owh, ok ja.”
Kami berjalan mendaki bukit. Pemandangan sangat
indah. Jalan mendaki agak susah, jadi memakai but haruslah penting! Kami sempat
berehat dan menyambng perjalanan kami ke atas. Apabila sampai di atas,
masyaAllah. Cantik sangat pemandangan. Subhanallah. Di depan bukit ada pekan
eski carsi. Di belakangnya pula ada kawasan perkuburan yang sangat menenangkan.
Agak lama di situ sehingga kami benar-benar tenang menjamu mata menikmati
ciptaan Allah. Subhanallah. Patutlah ada orang mencadangkan safranbolu sebagai
penutup trip jika bertandang ke turki. Namun, buat kami, ia adalah pembuka trip
kami.
Alhamdulillah.
Beberapa lama kemudian, kami turun dan
sempat singgah di restoran turki untuk menjamu perut. Hmmm, adana kofta
berharga TL12. Saya terdiam sebentar. Agak mahal. Tapi, saya fikir, apa
salahnya. Terbukti! Makanan dia agak sedap kalau nak dibandingkan dengan
ortaklar kebab di Istanbul. Alhamdulillah. Selepas membeli beberapa cenderamata,
kami pulang ke hostel untuk solat dan mengambil beg sebelum ke stesen bas.
Dan perjalanan kami baru saja bermula.
insyaAllah.
0 comments