surat buat sahabatku.

3:59 AM

salam alayk.
semasa bercakerawala di twitter, aku saja menaip 'ukhuwah di kotak search. dan aku menjumpai ini.




sejak aku mula menyertai d&t, aku sering mengingatkan diriku supaya bersahabat kerana Allah. niatkan persahabatan itu kerana Allah. dan aku bersyukur persahabatan yang karib itu sering berulamkan nasihat dan peringatan antara satu sama lain. dan aku sering mengucapkan kata sayang kepadanya sebagaimana sunnah Rasulullah. pendek katanya, aku begitu senang dengan persahabatan kami. sehinggalah hari ini..

mungkin memang Allah mahu uji aku, adakah benar niat aku berkawan dengannya adalah kerana Allah? adakah benar niatku ini benar-benar mahu ke syurga bersama sahabatku? adakah persahabatan ini benar-benar terjalin atas ukhuwah yang suci keranaNya?

T.T

aku merenung kembali percaturan Allah. baru semalam kami seperti rakan karib yang sangat bergembira membuat kek bersama-sama, dan pada keesokan harinya, kami benar-benar seperti orang asing yang baru saja berjumpa dan tidak bertegur sapa. Allah Maha Berkuasa, Allah. dengan sekelip mata, Allah mampu merobah hati manusia, menjadi apa yang dikehendakiNya. dan Allah menjadikan persahabatanku sebegini rupa.

sahabatku,

ini semua datang dari Allah. aku sering mengatakan bahawa serendah-rendah ukhuwah adalah dengan berlapang dada. aku kira aku sudah mampu mencakupi yang itu.

"berlapang dada ni mencakupi banyak benda. tak mengharapkan balasan daripadanya, menerima dia seadanya, dan segalanya," anis menuturkan kepadaku.

aku hanya sekadar mampu mengangguk walaupun mata ini basah memotong bawang. dan aku lihat anis, matanya pun basah.

aku selalu mendengar bagaimana kisah orang yang berkapel semasa di mrsm dulu. apabila clash, mereka sangat sedih dan sangat sedih. dulu, aku hanya mendengar, kini aku merasa.

mungkin aku sudah meletakkan kamu di dalam hatiku sepenuhnya, sehingga aku melupakan Allah. dan apabila tiba masa untuk melepaskan kamu, aku merasa sangat berat hati dan sedih. kerana aku meninggalkan kamu dalam keadaan yang aku sendiri kurang pasti.

kadang-kadang, mahu saja aku resumekan persahabatan ini semula, tapi hati masing-masing sudah terluka. aku ingin cuba memperbaiki persahabatan ini, walaupun mungkin usahaku seperti tikus membaiki labu. andai tidak berjaya, aku kira, tibalah masa untuk berpisah. sangat sedih..

sahabatku,

ukhuwah itu adalah salah satu daripada 3 kekuatan islam. dan Allah menaungi mereka yang saling mencintai satu sama lain keranaNya. mesti ada sebab mengapa Allah begitu memuliakan ukhuwah fillah ini. kalau tidak, masakan Allah mahu menaungi mereka kalau nak banding dengan manusia yang lain.? ukhuwah itu bukan sebarang persahabatan yang main-main. ianya adalah sesuatu yang menuntut hati, jiwa dan akal manusia. kerana ukhuwah itulah, saidina abu bakar sanggup terkena patukan ular di gua hira' kerana mahu menyelamatkan Rasulullah. kerana ukhuwah itulah, para ikhwan muslimin bersama-sama mempertahankan Palestin ketika Intifada' dahulu. dan kerana ukhuwah inilah, Islam tertegaknya di muka bumi.

apa kau kira ukhuwah itu main-main? astagfirullah. T.T

mungkin ukhuwahku cara yang salah. dan kerana itu, Allah mahu aku perbaikinya. mungkin aku kurang berhati-hati dengan perlakuanku, sehingga aku tidak sedar perbuatanku mengguris hati kamu.

aku ingin dekat kepadamu semula, bersama-sama memegang tanganmu, dan menyokong satu sama lain sehingga ke syurga. aku akan cuba, dan semoga takdir ini adalah yang terbaik untuk kita. redha-lah dengannya. dan aku minta maaf atas segala salah silapku yang tak terhitung.

doakanku.

wallahu ahlam.

You Might Also Like

1 comments

  1. "kadang-kadang, mahu saja aku resumekan persahabatan ini semula, tapi hati masing-masing sudah terluka. aku ingin cuba memperbaiki persahabatan ini, walaupun mungkin usahaku seperti tikus membaiki labu. andai tidak berjaya, aku kira, tibalah masa untuk berpisah. sangat sedih.."


    I dont know somehow, i can relate to this.
    Moga Allah redha.
    Moga Allah sentiasa jaga kita

    dan tahu tujuan perbuatan kita untuk siapa.


    EnsyaAllah

    tabah ukhti, tabah :)

    ReplyDelete