remind to myself.

10:53 PM

salam alayk.

sudah 2 purnama berlalu, tanpa aku mengupdate sebarang post dalam blog ini. jiwa aku masih basah dek terkena tempias-tempias ibrahnya di bumi maududi ini. dan aku bersyukur, aku masih lagi di jalan ini.

beberapa hari yang lepas, aku ke hospital. sakit di telinga dan throat semakin menjadi-jadi. aku putuskan untuk berjumpa dengan ENT specialist. tapi tahu sajalah kan, Kasturba hospital itu orangnya bukan sedikit. beraturnya sampai berjam-jam pun ada. tapi ada aku kisah? ;)


aku memasuki hospital melalui jalan belakang. jadinya, aku perlu melalui lorong-lorong gelap dalam hospital itu sendiri, dan mencari-cari manakah lorong yang aku patut tujui. alhamdulillah, tanpa sebarang silap, Allah tunjukkan aku jalan yang benar. usai mendaftar di students' office, aku melangkah laju ke ENT department. dan pabila aku tiba, aku melihat ramai sangat pesakit menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. setelah mendapatkan fail aku di receptionist, akka di situ menyuruh aku tunggu di luar bilik 11, Dr Ashish.

tapi hampir semua kerusinya sudah penuh diduduki orang tempe. aku ke hujung hall, untuk bersandar di dinding. hampir semua tempe di situ melihat aku. mungkinn kurang biasa melihat malaysian yang kononnya 'up' mendapatkan rawatan di situ. (selalunya, malaysian pergi klinik private je.). dalam hatii, aku berkira, ada dalam 30 orang tengah beratur untuk 5 atau 6 bilik. mungkin aku harus menunggu 45 minit atau sejam. aku menunggu sambil memerhatikan suasana hall itu.

aku terperasankan seorang lelaki tempe berumur 40-an, aku dengar nurse memanggilnya vijay atau vicky entah aku kurang pasti. tapi, dia bukan muslimlah. dia menghampiri seorang lelaki muslim yang isterinya di sebelah aku.

"jejak kasih rupanya."

mereka bersalaman, tetapi vijay tidak dapat bercakap. dia menunjukkan jarinya ke arah tekaknya. lelaki muslim itu mengangguk faham dan tersenyum.

barulah aku perasan kenapa hall tu senyap semacam, walaupun ramai orang. rupanya ramai sakit. :( aku juga begitu. Dr Ashish memanggilku tiba-tiba. aku pelik. aku baru tunggu 5 minit saja. apakah? bagaimana dengan mereka yang sudah menunggu lama sebelumku.

"maka tidak pernahkah mereka berjalan di muka bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?.."Al-Hajj 22:46.

perlahan-lahan, aku cuba mengambil mood itu. cuba mengambil ibrah dari apa yang aku lalui. kadang-kadang, aku terasa bersalah kerana aku diberi keutamaan dalam mendapat rawatan doktor meskipun aku ini foreigner, bukan tempe. seharusnya, tempelah yang menjadi prority. iya, mungkin kerana aku student. betul. tapi cuba bayangkan apa perasaan tempe yang tengah sakit-sakit and kena tunggu lama, melihat aku masuk bilik rawatan dahulu. minta maaf tempe, ini bukan rezekimu mendapat yang awal.

ini hanyalah pendapatku. banyak malaysian (bukan semua) di sini merasakan mereka lagi up daripada tempe, termasuklah aku adakalanya. rasa lagi up dari auto driver, dari tempe di hospital, dari akka cleaner bilik. mentang-mentang banyak duit, kau boleh buat apa-apa saja! walaupun ni bukan tempat asal kau? heh, tak sedar diri. (peringatan buat diri sendiri)

itulah, kadang-kadang kita rasa syok sendiri dengan segala privilege yang diberikan di sini. akka cleaner yang bila-bila masa kita boleh panggil nak bersihkan bilik, tak payah beratur panjang-panjang, kalau ada salah service sikit suka hati je nak marah-marah tempe tu. amboi, manyak cantik.

macam tu jugalah kita di bumi Allah. ikut suka hati kita ja nak melampaui batas. padahal, dunia ini hanyalah pinjaman saja. memandai ja set peraturan hidup sendiri, tapi tidak mahu ikut peraturan Allah.

"dan sungguh, inilah jalanKu yang lurus. maka ikutilah! jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.Demikianlah Dia memerintahkan kepadaMu agar kamu bertaqwa." Al-An'am 6:153

malu aku. sangat malu untuk berdepan dengan Allah ketika solat. tidak mahu aku angkat kepalaku dari tempat sujud, sangat malu dengan Allah. apa aku kira, aku ini sudah up dalam kalangan penduduk langit? apa aku kira aku ini sudah up usrah kalau nak banding dengan rakanku yang baru bertatih? nauzubillah hi minzalik.

Astagfirullah. Astagfirullah. Astagfirullah.

Allah itu Tuhan kita semua. pemilik hati-hati kita, jiwa-jiwa kita dan jasad kita. redhalah dengan takdir itu sebaik mungkin.

mood rindukan rumah. :(
wallahu ahlam.

You Might Also Like

0 comments