ibrah di manipal

7:15 PM

Salam alayk.

template blogger yang baru sangatlah tidak menyenangkan. dan itu menjadi reason mengapa salah satu gambar di post lama besar gedabak semacam. haha. maafkan saya.

ini post adalah mengenai Malpe beach, pantai pertama yang saya pergi di Manipal. hmm, kita bercerita la sikit.

deruan angin subuh itu mula terasa. jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. tanpa berlengah, saya segera melangkah keluar dari lobi international hostel dan menyertai mereka yang sudah turun awal lagi. ternyata, tiada satu pun bakal housemates saya di situ. jadi, boleh lah dikatakan saya ini tiada geng. kawan kms ramai saja, tapi mereka sudah ada geng. haha. tidak lama selepas itu, telinga saya menangkap deruman enjin beberapa auto yang berpusu-pusu datang ke laman hostel. adalah dalam 10 auto. nak buat macam mana kan, ramai yang nak pergi, tapi tak kan lah nak sewa bus. dan saya ketika itu, kekal berdiri tanpa memasuki mana-mana auto. tak ada geng. tinggal 5 orang terakhir, husna mengajak saya naik dengan dia. :)



macam biasa kan, bila naik auto, tudung terbang-terbang ataupun rambut ditiup angin yang sangat sejuk. menggigil saya. best la. suasana pagi di manipal dan udupi sangat bening pagi itu. macam rasa tenang sebab tak ramai orang. dan sambil itu, saya melayan perasaan. tiba-tiba, mata saya menangkap sesuatu di jalan raya. eh, ada lampu isyarat. baru nampak selepas sebulan di sini. itu pun dia kelip-kelip warna oren ja. rosak kot. sambil saya melayan lagi pemandangan tanah merah dan pokok kelapa berimbun itu, saya terbau pula keropok lekor. bau yang sangat kuat. saya mengintai-ngintai sekeliling jikalau ada gerai keropok lekor, boleh la beli. namun, hanyalah nampak banyak sangat pasar ikan di sekitar jalan itu.

auto membelok kanan, dan ke kanan lagi, ke kiri dan ke kanan. auto ke hadapan lagi, dan alhamdulillah, saya melihat laut terbentang luas. laut arab. teruja tengok ombak yang agak buas juga la berbanding di malaysia. entah tiba-tiba saya rasa tersentuh ketika kaki saya menjejak keluar dari auto. entah, macam terharu dan sedih. saya pun tak tahu kenapa. mungkin sebab tak ada geng. itu satu, tapi ada satu sebab yang saya kurang pasti.

macam ada kuil hindu


pantai Malpe


burung gagak dan warning board menyambut kedatangan kami
 

tak tahu apa? mungkin patung tanpa kepala. nampak ombak besar?


subhanallah


pasir puteh, malpe. ;p

angin masin menyambut ketibaan kami. dan saya perasan gambar saya macam sayu saja nampak. macam sedih. entahlah. kemudian, sambil berjalan ke arah tapak picnic, saya melihat suasana sekeliling. ada kuil depan laut, ada tempe bermakan-makan juga. itu saja. yang lain, hanyalah pantai yang bersih yang kosong serta gagak-gagak dan akka pembersih pantai.


seniors dan dolly
NIKMAT..

aida, fizah dan husna. :)

pagi-pagi tu nampak ramai orang menarik tali. tali jala rasanya.

seusai duduk, kak syu terus bertanyakan bagaimanakah persepsi kami terhadap manipal dan blablabla.. ada yang cakap teruk, ada yang cakap tak sebest malaysia, ada yang masih terkejut dengan ke'hectic'an hidup sebagai student medic. not sure bagaimana, tapi entah, bagi saya, saya rasa masih lagi lapang dan tak rasa hectic kot. alhamdulillah, Allah masih kelapangan masa terhadap saya. namun, untuk merungut mengenai kehidupan di manipal, bukanlah pilihan saya. saya masih teringat apabila Puan Rudi menelefon saya untuk memberitahu result ib,

"Hello, Ezzati Aida right? Congratulations, you got 37 points.."

dan saya terus menangis ketika itu kerana memikirkan ada juga rezeki saya ke india. rezeki yang selama 2 tahun ini saya ragui sama ada saya akan dapat ataupun tidak. seperti itulah yang saya impikan selama ini.

dan mahukah saya merungut mengenai nikmat itu di sini. sepatutnya tidak. bahkan kehidupan di sini bukanlah satu musibah, sebaliknya nikmat. bukan semua orang dapat ke sini, bukan?

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" 55:16

di sini, saya masih ragu-ragu mengenai arah kiblat. dan takdirnya, tingkap bilik saya menghadap matahari terbit. di sinilah saya menghargai harga matahari itu sendiri. dekat malaysia, mana nak kisah. asalkan tahu mana arah kiblat masjid pun sudah pasti.

nak merungut mengenai air? merungutlah puas-puas. kadang-kadang, air yang keluar dari pili air itu pun warna coklat. memang, memang serik. tapi, bila tengok tempe yang mandi dengan air perigi tepi jalan, rasa bersyukur sangat-sangat. apatah lagi, kalau nak dibandingkan dengan tempe yang baunya kurang memuaskan. nak banding lagi?

berinteraksi dengan tempe lagi satu hal. memang putar belit dan entahlah, kenapa mereka tak faham apa yang saya cakapkan. ke mereka cuba putar belit nak tipu-tipu. lepas itu, sibuk saja pandang-pandang kita satu badan, cuit-cuit, "what do you want?". hahaha. memang mengujikan. tapi, cuba tengok dari side yang positif. waktu akka cleaner itu sibuk cakap "you must write at the book in the lobby that we cleaned your room.", saya punyalah tak faham. rasa macam nak marah dan menyumpah saja. tapi, in the end, merekalah yang sedekahkan kita dengan senyuman tiap kali terserempak dengan mereka.

"have you dinner?"

"yes. thank you. good night."

"good night."

see? please, please and please. alam semesta ciptaan Allah beserta makhluk-makhlukNya bukan setakat untuk kita proses masuk mata dan biarkan otak mendefinisikannya. bukan itu saja nilainya. bukankah rahmat Allah ini sangat sangat luas. carilah ibrah itu dengan mata hati. kadang-kadang apabila berjalan ke kelas, kita tengok pokok redang. ada orang tafsirkan pokok saja, ada orang tengok dengan mata hati bahawa pokok ini diciptakan untuk mengelakkan daripada berasa panas. see?

lihatlah alam ini dengan mata hati. alam ini bukan sekadar untuk otak dan sekadar kita mengetahui itu dan ini. hayati dan rasa roh alam ini. ia makhluk Allah dan hanya akan berzikir kepada Allah sepanjang waktu.

so, don't feel lonely or regretful of choosing Manipal. sebab suatu masa nanti, bila kita dah balik malaysia, kita akan rindu manipal. :)

p/s: gained so much ibrah this week. gonna write again. insyaAllah.    

You Might Also Like

4 comments

  1. Nice laa Daadaaa... tapi honestly, kite sangat suka dok kat Manipal.. i dont know why, tapi seronok la.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. heee... laena manas, selamat duduk di manipal la.. hee..

    ReplyDelete
  3. waaahhhh hopefully dapat pergi sana nanti inshaAllah... selamat hari raya adha! first time melawat blog ni. salam perkenalan :)


    jemput baca blog kami juga: www.basil-hibiscus.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  4. with the memory the words brought, i am swept away..
    been missing you all these days!!

    -hm-

    ReplyDelete