it's been a month

3:19 AM

Salam alayk.

hampir sebulan berlalu sejak saya meninggalkan bumi Malaysia. sudah 5 Oktober rupanya. sebulan berada di sini, banyak yang saya sudah belajar. sama ada ilmu anatomy, physiology, biochem dan banyak lagi ilmu dunia. tak lupa juga oral bio, dental materials dan prosthodontics.

pagi itu macam pagi selalunya. saya selalu berjalan selamat 15 minit ke kelas seorang diri, pertama kerana malas menunggu dan malas ditunggu. dan selama 15 minit itu, saya cuba mengajar saya melihat alam Allah pada pagi itu sambil berzikir. dan saya sukakan suasananya. walaupun kadang-kala suasana tenang itu diganggu dengan bunyi hon dari auto mahupun motor pulsar or skuter, entah saya begitu menyenanginya.

betullah orang cakap. bergaul dengan tempe memang memerlukan banyak kesabaran. accent english yang kurang jelas, suka puter belitkan cerita, servis yang sangat kurang memuaskan (banyak!), kurang ajar, driver auto ambil kesempatan dan macam-macam lagi. kadang-kadang memang menyakitkan hati. owh, tak lupa juga pada longkang yang wajib jangan tengok. seriously, india memang banyak kekurangan compared to malaysia.

tapi, macam biasalah, saya kan buta mata. suka tengok dari positive side. eheh. tapi, honestly, india ada something yang tak ada kat malaysia. memang la, Tempe, auto, etc.  no, i'm talking about mata hati.

masa tu, saya dengan atiq pergi end point. end point ni macam taman tasik seremban or klcc park. besar. tapi bezanya, dia dekat tepi bukit. yang mana, dari atas boleh nampak sungai yang berbentuk 's' yang cantik. Subhanallah. so, petang-petang, boleh la jogging or dating buat bulatan gembira. haha. and bila ambil gambar, nampak macam dekat europe, tapi saya bangga mengatakan inilah india. adakah ini petanda saya orang 'india'?













  seusai menjelajah end point, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. sudah maghrib. kami balik naik auto sebab jauh juga. end up, that auto driver is a Muslim. Mohamad Sharef rasanya. nampak perkataan "bismillah" dekat tingkap dia. masyaAllah. sebenarnya, hari keesokannya, adalah hari cuti Ganesh Chaturthi untuk tuhan gajah mereka. so, kami berbual dengan driver itu. dia cakap, dia tak sambut. masyaAllah. dan pagi tu, bangun-bangun saja sudah dengar bunyi mercun.


hmm, saya rasa Islam di sini sangat mudah didapati sehingga saya boleh katakan di sini, memang ramai sangat penduduk Islam termasuk la Tempe dan Malaysian, of course. kalau kat manipal, masjid tak bagi muslimat solat, tapi boleh untuk adakan islamic events. tapi, memang ramai orang berjubah dan bertudung hitam. meanwhile, dekat udupi, lagiii best. Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu, saya dengan aina pergi udupi. aina nak cari kasut. saya nak teman je. pergi shoe bazaar.


"are you malaysia?" soal promoter kasut.

"yes, we're malaysian." kami menjawab.

"malaysian is very good." dia membalas lagi.

kami ingat malaysia yang good.

"yes, malaysia is a good country. have you been there?"

dia menggeleng.

"did you know where is malaysia?"

dia menggeleng lagi.

"you know where is indonesia?" (sengaja tak nak pakai singapore tau).

dia menggeleng.

saya pun ubah topik.

"please come to malaysia."

"insyaAllah"

dan kami terkejut! haha.

"Are you muslim?"

"yes"

"what's your name?"

"mohamed asyraf"

ini bukan promoter di atas.
masyaAllah. dan sebelum kami melangkah keluar, aina sempat bertanyakan di mana dia boleh membeli al-quran di situ.

"go straight, turn right, turn left."

owh senangnya, saya berbisik dalam hati saya.

in the end, banyak juga silap jalan. dan akhirnya, ini yang saya jumpa. Alhamdulillah!

masjid!

tak sure tempat apa. macam tempat permandian orang dulu-dulu.
so, instead of pergi kedai yang tak jumpa-jumpa tu, kami singgah solat di sini. tapi, baru 12.45 waktu tu. and zuhur tak masuk lagi. pukul 12.50 saya mendengar bunyi azan pertama kali di sini. Alhamdulillah. dan untuk jemaah perempuan, ada 5 orang saja termasuk saya. and terharu bila asa seorang sister ni nama dia Zahirah. dia cakap alhamdulillah dapat jumpa muslims from malaysia. eheh. terharu la. sebab bukan setiap masa saya dengar. Alhamdulillah banyak-banyak.

inside the prayer hall.
aina.
doakan kami baik-baik di sini. semoga kita jumpa lagi, insyaAllah. semoga orang malaysia dan egypt sentiasa berberita gembira! :)

p/s: next post: malpe beach

You Might Also Like

2 comments

  1. it feels great to be in india. adik can't wait.. kak, do enjoy while can.. byk2 carik ibrah di tempat org. i'll pray for u <3

    ReplyDelete