post-IB feelings

3:31 PM

salam alayk.


sehingga kini, hampir seminggu sudah saya tidak bersama IB lagi. tidak menyelak lembaran buku-buku IB, tidak menyemak lab reports yang bakal dihantar, tidak mengira jam hour untuk CAS lagi, dan tidak lagi bersama rakan sekelas saya. aww, itu yang paling sedih.

perasaan saya tanpa IB? semasa saya di tahun pertama, saya selalu membayangkan apakah yang dirasai senior yang sudah habis IB. ada yang berkata IB banyak membantu mereka dari segala aspek hidup mereka. kini, saya sudah melalui fasa itu. dan apa yang saya boleh ucapkan hanyalah Alhamdulillah. tersangat bersyukur kepada Allah sebab membenarkan saya melalui semuanya dengan jayanya. tahu sajalah kan, IB sangat workaholic. dan sehingga kini, saya pun tidak pasti bagaimana saya boleh melalui semua kerja-kerja itu dengan bersungguh-sungguh kalau tiada bantuan daripada Allah.

iya, bantuan. bantuan supaya hati-hati kami ditabahkan untuk melalui semua kerjanya, dan semoga kami diberi keyakinan bahawa Allah tidak akan sesekali menzalimi kami semua. susah tu, nak percaya. tapi, tengok sekarang, dah lepas dah pun IB.

exam IB berlalu selama 2 minggu setengah. selepas exam, kami semua ada hampir sebulan lebih cuti sebelum results keluar 6 julai kelak. cuti la sangat. sebulan ini pun test buat kita jua. sebulan inilah kita kena jaga momentum yang kita ada sewaktu exam. sewaktu exam, bukan kemain lagi buat solat hajat, solat dhuha, al-mathurat, baca Quran, baca Yassin. tapi, lepas exam? Quran pun dah tak sentuh? masyaAllah.

teringat kata-kata Anis Nur, kita di KMS atau di rumah, Tuhan berbeza kah? di KMS, kita bertuhankan Allah dan di rumah kita bertuhankan internet? Astagfirullahalazim.


You Might Also Like

0 comments