during exam

3:43 PM

Salam alayk.


1.15 pm.

dia sibuk menyelak buku Allott Bio itu. risau jika ada topik yang dia terlepas pandanga atau pun tidak. neurologi sudah. heart beat sudah. reproduction sudah. light independent cycle sudah. apa lagi ye. iya, plant science. lupa mahu selak. jarinya ligat mencari muka surat yang dikehendaki. seusai itu, anak matanya pantas membaca isi kandungan muka surat itu. banyak lagi!! macam mana ini. jam sudah menunjukkan pukul 2.20 pm.habis la, exam mula pukul 2.00 pm. masuk pukul 1.45 pm. zuhur pun tak lagi. isy, tawakal jela.

1.45 pm.

hatinya berkira-kira sebelum masuk ke dewan. nak revise ke, nak selawat and tenangkan hati je? semua pelajar sudah berkumpul di pintu hadapan Dewan Razak. matanya juga menangkap beberapa orang pelajar membaca doa bersama-sama. jeles. arggh, pergi baca doa and selawat jela. hatinya masih berbisik, "tapi kau tak habis baca lagi.". tawakal jela.

"candidates, you may enter the examination hall." Bismillah.

2.00 pm.

"you may open the examination booklet and your exam starts now."

ada waktu sejam je. kena buat 40 multiple questions. sempat tak sempat ni. "insyaAllah, sempat," hatinya memujuk. tenang.

soalan 10, dia melihat senarai jawapan, macam susah. tidak apa, Allah kan ada. (kredit to Anis Nur)

soalan 20. dia melihat jam, 2.14 pm. dia melihat keadaan sekeliling, serius.

soalan 40. dia melihat jam, 2.44 pm. dia melihat keadaan sekeliling, ramai yang memandang keadaaan sekeliling. ramai dah siap, kot?

3.00 pm.

"your exam has ended. please close your examination booklet."

sementara menunggu kertasnya dikutip, hatinya seakan gundah. iya, itu yang dia mahukan. walaupun dia siap awal dan berkesempatan untuk menyemak semula setiap soalan, dia tidak ingin yakin 100% akan jawapannya. takut-takut ketika menyemak soalan itu, ada yang hijabnya tertutup, jadi dia tidak nampak kesalahannya di situ. mulutnya masih lagi beristigfar dan berselawat.

3.03 pm.

kertasnya dikutip. beban yang dirasainya semakin ringan. Alhamdulillah. dia bersyukur kerana diberikan suatu ketenangan ketika menjawab soalan.



p/s: ketenangan yang diperolehi bukanlah daripada melihat soalan-soalan yang senang dan boleh dijawab, sebaliknya, ketenangan itu diperolehi lagi sebelum masuk ke dewan dan sebelum melihat soalan. insyaAllah. dan tawakal itu bukan setakat selepas habis exam, juga semasa exam.

You Might Also Like

0 comments