not a comfort food: red velvet cupcake

12:03 AM

salam alayk

malam ini saya baru sahaja membuat red velvet cupcake yang saya teringin untuk buat. tetapi segalanya seperti tidak menjadi. baking memang ada risiko jadi ataupun tidak. lain lah dengan memasak, memasak kita masih lagi boleh ubah suai, tetapi jika bake kek, nak tak nak, kena terima jugalah tekstur kek itu. saya tidak pernah membuat kek ini jadi saya pun tak tahu bagaimana rasanya dan teksturnya, jadi dengan ini, saya assume, saya buat dengan jayanya. Alhamdulillah. yang pasti, saya tidak akan membuat kek ini lagi. mahal. baik buat carrot cake. :)


setelah dicampur serbuk koko dan pewarna merah. orang Barat juga dua botol pewarna, tapi saya ubah, saya guna sesudu +/- pewarna merah. owh, itu tangan atih, kakak saya. :D

setelah dipukul dengan sebatinya oleh atih. guna dua telur sahaja sebab ada buttermilk. buttermilk untuk kelembutan kek.


owh, ini kali pertama saya gunakan cream cheese. justeru itu, expectations saya terhadap kek ini sangat tinggi. sebab mahal. kena perfectly used up. -.-"


tadaa!! Alhamdulillah, kek dia ok, tapi tak naik. muffin memang begitu, degil sedikit untuk naik kalau dibandingkan dengan kek.

memukul cream cheese menjadi cream cheese frosting. seriously, sangat mengecewakan pada mulanya, tetapi Alhamdulillah, jadi. owh, ini pun atih yang tolong putarkan. :)

akhirnya, jadi sebegini. ibu saya lebih suka jika tiada topping kerana cream cheese masam. memang masam ye? kalau ibu saya makan pun kiranya lulus bagi saya. :)

semalam saya buat cream puff. at least, eatable. doing pastry is very hard. kena buat filling, kena buat choux pastry. nad to find people untuk habiskan. lagi-lagi, hari ini saya baru buat cupcake. ish2.

bagi saya, membuat red velvet sangat susah dan complicated. banyak bahan yang saya tidak pernah guna dalam baking sebagai contoh: buttermilk, cuka, pewarna merah, cream cheese. kiranya saya ambil risiko. malah, semasa mengeluarkan kek itu dari oven, tangan saya terkena dinding oven dan melecur sedikit. mood dah hilang dan malas nak sambung kerja.

saya melihat cake itu. cantik! saya membelahnya, tak cantik. tekstur dia macam padat. saya rasa. sedap, macam berlemak. wallahu ahlam. saya kecewa dan baring sebentar dalam bilik. atih kemudian datang dan memujuk saya. dia mengatakan ibu sudah makan kek saya. maknanya, kek saya lulus!

dalam baking, sangat essential untuk kita cari resepi yang betul-betul reliable dan menjadi. bukan semua jadi. dan apabila kita ikut, kita kena betul-betul yakin yang ia akan jadi walaupun pada mulanya macam tak nampak gaya topping. macam butir-butir pasir saja. tak boleh berhenti setengah jalan. tapi jika kita betul-betul yakin yang ia akan jadi, insyaAllah ia akan jadi.

same thing with islam. kita diberikan panduan dalam Al-Quran everything from start to the end. memang, memang pada mulanya, semuanya akan kelihatan teruk dan tahpape. macam ada something wrong. tapi, we still believe yang everything's gonna be ok dan akan menjadi. jalan dalam islam ini memang susah and kadang-kadang ia kelihatan seperti jalan ke neraka yang penuh berliku-liku. tapi, jika kita betul-betul yakin dan mengikuti setiap 'step' dalam Quran dan mudah-mudahan semuanya akan mejadi baik.

semoga kita sentiasa mendapat yang terbaik daripada Allah.
p/s: owh ya, mulai saat ini, saya tidak mahu la membuat dream food, cukup la comfort food yang menggembirakan orang, bukan memuaskan nafsu orang lain. :)






You Might Also Like

4 comments