killing time!
8:11 AMSalam alayk
"orang berdarah O selalu mahukan hidupnya agak dramatik. kadang-kadang selalu menyusahkan orang di sekelilingnya."
Syukur alhamdulillah, pagi Jumaat ini Allah mengizinkan saya untuk bangun awal dan solat subuh dan mengejutkan ahli keluarga yang lain. bukan senang nak dapat nikmat itu ye, jadi selalulah kita bersyukur.
malam semalam saya tidur agak awal, pukul 8.30 pm dan langsung tidak ingat mengenai usrah online pukul 9 pm itu. tak apalah, mungkin tiada rezeki. setelah hampir satu hari suntuk saya bermain internet dan mencari idea bagaimana saya boleh menyumbang terhadap Islam, saya berasa bosan dan akhirnya, tidur.
saya selalu mahukan sesuatu yang dramatik dalam hidup saya. apa yang saya boleh buat dan apa yang saya bakal lalui. dalam usaha mahu menyumbang terhadap islam, saya berfikir apa yang boleh saya buat. pertama, saya rasa saya mahu menulis. mungkin menulis cerpen. kadang-kadang idea itu datang, namun pada saat saya mahu menulis, idea sudah hilang. kedua, saya berasa mahu membuat video. saya tak tahu macam mana saya nak buat video, skill memang tak ada lah. ketiga, saya nak edarkan flyers. flyers pun tak buat lagi, nak edarkan macam mana. nak buat flyers, memang tak ada skill.
Allah dah berfirman dalam Al-Quran, Dia ciptakan manusia ini untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini. itu saja. saya pula pergi melencong jauh-jauh kononnya niatnya ingin mengembangkan islam. padahal, satu benda pun tak buat lagi.
Saidina Ali pun berkata, jika hari ini tidak baik daripada semalam, maka celakalah orang itu.
I am. Astagfirullahalazim. dan saya bersyukur hari Jumaat ini, saya boleh meneruskan lagi sunnah Rasulullah saw. saya tengok rak buku di tepi saya, banyak buku-buku ilmiah belum dibaca. kalau pernah dibaca pun, mungkin 5 muka surat baharu. ada Hadith 40, Belajar Dari Perang Uhud, Khalid Al-Walid, dan banyak lagi. daripada saya buat penat-penat mengerah otak nak buat apa untuk Islam and ended up tak buat apa-apa, lebih baik saya habiskan masa saya menuntut Islam. it is ibadah what.
saya mengaku, bila banyak waktu lapang inilah kita sukar nak kawal diri kita supaya dekat dengan Allah. tapi insyaAllah, dengan usaha yang sedikit saja, kita mampu dekat dengan Allah. banyakkan berdoa supaya hati kita semua dikuatkan dan tidak dipesongkan. semoga kita semua masih lagi berada di atas jalan menuju ke syurga, insyaAllah.
0 comments