sepetang selepas Asar
4:26 PMSalam alayk
Sebelum kita memulakan apa - apa dalam urusan harian kita, marilah kita sama - sama meniatkan segala urusan kita hanyalah kerana Allah. Semoga segala usaha kita menjadi langkah - langkah yang kecil menuju kepada pencinta kita, Allah. insyaAllah.
Saya ini, jenis yang senang percaya dekat orang. Orang nak bergurau sikit, saya sudah percaya. Orang cerita gosip itu ini, saya sudah percaya. Jadi, saya cepat - cepat buat konklusi orang ini baik, orang ini jahat. Semua gosip terima mentah - mentah.
Semestinya, pergaulan yang lebih rapat antara saya dan orang itu membuatkan saya lebih mengenali bagaimana hati mereka. adakah fikrahnya sama dengan saya? adakah cara mereka sesuai dengan saya? Bila saya amati semula riwayat persahabatan saya dengan beberapa kawan saya, saya akui, saya akan berbisik dalam hati,
"Sesuai tak ye aku kawan dengan dia?"
"Kawan dengan dia biasa je, asyik aku je yang kena mengalah"
"tak nak lah rapat - rapat sangat dengan dia, nanti aku terikut - ikut dengan cara dia"
Sebagai contoh, sepanjang perkenalan anda dengan saya
"Dia ni senyap sangat la, nanti boring cerita - cerita tak ada respons"
Lepas itu, saya kan berkata pada diri saya,
"Ada juga orang macam ni kan? ingatkan semua orang di dunia ini baik - baik belaka. Rupa- rupanya, memilih! demand!"
Iman dalam hati saya ada turun naiknya. Adakalanya saya menzalimi diri saya sendiri dengan berburuk sangka pada saudara saya sendiri yang seharusnya, saya menyayanginya lebih daripada diri saya sendiri. Bukan saya saja, bahkan hampir seluruh manusia di bumi ini. Cuma, yang membezakan saya dan mereka hanyalah dengan melihat daripada sudut yang berbeza.
Betul, tidak salah untuk kita berwaspada dengan mana - mana rakan yang kita jumpa. Cubalah lihat para dai'e dai'e yang telah menelusuri jalan dakwah, adakah mereka memilih kawan? Bahkan mereka lebih suka dihantarkan ke suatu tempat yang asing dan diberikan amanah kepada mereka untuk bergaul serta berdakwah dengan orang asing juga.
Sudut pandangan setiap manusia adalah berbeza. Jika tidak, nescaya amanlah dunia ini buat selama - lamanya. Andai asyik saya saja yang kena mengalah apabila berkawan dengan seseorang, tidak mengapalah. Bukankah itu konsep itsar, di mana kita perlu mengutamakan orang lain. Sedekahkan keinginan anda itu kepada Allah, insyaAllah, Dia pasti memberikan sesuatu yang lebih baik daripada keinginan kamu itu.
Pandanglah daripada sudut yang sangat positif
Kalau saya lemah dan tiada pendirian, pasti saya akan terikut - ikut dengan cara kawan saya. Betul, ada orang pengaruhnya sangat kuat sehingga boleh mempengaruhi rakan - rakannya. Tetapi, sebagai contoh, adakah pergaulan saya dengan rakan saya yang so - so dan suka bergaul lelaki perempuan terbantut? Ah, alasan yang sudah tidak boleh diguna pakai.
yang paling utama adalah, "adakah dia sama fikrah?" Fikrah di sini merujuk kepada permahaman kita terhadap suatu perkara. Apabila kita melihat seseorang berkahwin awal, ada orang akan mengatakan pasangan itu gatal sangat. Ada orang akan mengatakan pasangan itu mahu mengelakkan zina. Jadi, bagaimanakah fikrah kita terhadap perkara ini? Ini hanyalah pendapat saya berdasarkan apa yang saya lalui. Orang yang berlainan fikrah boleh saja berkawan, bergaul. Apa yang tidak bolehnya. Jadi, bagaimana kita mahu berdakwah? :)
Kadang- kadang kan, saya selalu mengeluh, kenapalah orang itu tak faham apa yang saya cuba beritahu? kenapalah orang itu tak faham situasi saya sedang sibuk? Asyik - asyik, nak mengeluh saja.
tetapi, beritahu saya, apa lah sangat yang kita mahu harapkan daripada kawan kita apabila kita memberi pun hanyalah sebutir beras. Andai kita mengharapkan orang atau rakan kita berkelakuan seperti apa yang kita ingin dia lakukan, tidak usahlah. Semua orang berlainan, apa yang boleh kita harapkan, semoga dia menjadi manusia yang berakhlak mulia seperti Rasulullah S.A.W.
Jadi, minta maaf andai saya ada mengguris hati sepanjang persahabatan kita. Jika kita tidak lagi bertemu mata ke mata, insyaAllah, kita tunggu di syurga. :)
"teman - teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, melainkan mereka yang bertakwa" A-Zukhruf:67
Wallahu Ahlam
0 comments