appreciate little things in this 'SUPER' big world
2:33 AMAssalamualaikum.
Saya baru sahaja berjumpa dengan kakak-kakak usrah yang pernah saya jumpa dahulu. Lama tidak berjumpa dengan mereka, perasaan kagum saya terhadap mereka tidak pernah pudar. Alhamdulillah, ada juga rezeki saya berjumpa dengan mereka.
Petang itu, ternyata tidak susah untuk pergi ke usrah ‘Sejarah Melayu’. Say
a balik sekejap ke rumah dan bercadang untuk balik ke kolej pukul 6.00 petang. Ternyata manusia hanyalah merancang, namun ketentuannya Allah yang pegang. Tidur saya terlajak sehingga pukul 8.00 malam padahal program telah bermula sejak pukul 7.30 malam. Banyak benda perlu disiapkan, nak mandi, nak solat, nak siap-siap, nak makan lagi, nak tungg driver siap lagi. Tengok-tengok, pukul 9 baru nak gerak.
Program dah habis pukul 9.00 malam. Saya baru sampai, tinggal nak tumpang makan sahajalah. Kalau nak ikut logik, buat rugi saya saja datang lambat. Lepas itu, tak dapat dengar ceramah. Tapi Alhamdulillah, saya kuatkan semangat untuk pergi juga. Mungkin Allah tak beri saya ilmu itu, tapi siapa tahu, Allah bagi saya benda lain?
Dalam hati, saya berdoa banyak-banyak kepada Allah agar ada per
bincangan susulan selepas ceramah tersebut seperti yang dikatakan Kak Ai.
Memang betul, Allah bagi benda lain....
UKHUWAH
Selepas rakan-rakan sekolej balik menaiki bas ke kolej, saya tinggal sebentar di surau seorang bersama-sama sisters yang lain. Pertemuan saya dengan Kak Azwa yang sudah lama tak bertemu membuatkan saya merasakan kemanisan ukhuwah yang kebelakangan ini, saya tercari-cari. Mungkin bukan perkongsian ilmu yang Allah bagi, tapi perkongsian hati. Syukur Alhamdulillah. Ditakdirkan, driver jemput lambat pula, jadi lamalah saya berbual-bual dengan kakak-kakak yang lain. Cuma, tidak dapat berbual lama dengan Kak Ai.
Mungkin, ada yang persoalkan jumpa sekejap saja. Perasan tak, man
usia seperti kita ini, sering lupa akan perkara yang sekecil-kecil seremeh-temeh ini. Kadang-kadang, kita lupa untuk menghargai kurniaan Allah yang sedikit itu. Pernah anda menghargai jari – jari tangan anda yang serba bersih tanpa calar dan luka? Sekarang, apabila tangan saya ditumbuhi kudis yang berair, barulah saya mahu menghargai nikmatnya makan dengan tangan. Kini, hampir 6 bulan, saya terpaksa makan menggunakan sudu garfu.
Ingat, janganlah kita sesekali mengharapkan rahmat Allah yang serba agung seperti mendapat full points untuk IB atau pun, mendapat kelapangan masa yang banyak. Sebaliknya, cubalah kita hargai nikmat Allah yang sebesar kuman, yang mana hanya segelintir manusia tahu bersyukur. insyaAllah.
owh, ini merupakan lawatan batch IB ke kilang yakult. semasa lawatan ini, saya belajar untuk menghargai jasa bakteria sekecil kecilnya. buat apa mahu mengharapkan kesihatan sejahtera, andai bakteria baik pun tak nak hargai. :)
WallahuAhlam~
0 comments