Buat mereka di seberang sana.

3:21 PM

Salam alaykum.


bulan ramadhan, ini cepat betul datang kesusahan daripada Allah, begitu juga dengan rahmat dari Allah. Tak terkira begitu banyaknya nikmat dan rahmat Allah telah turun pada hari-hari Ramadhan. Lihat saja matahari ketika terbit pada waktu pagi, tidak terlalu terik, tidak terlalu sejuk. Subhanallah, Subhanallah. Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan kita semua masih mampu bernafas dalam bulan yang mulia ini, dan menggapai sebanyak rahmatNya, insyaAllah. Bulan ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa peristiwa bersejarah dalam Islam, terutamanya, kejatuhan Palestin ke tangan pihak Zionis.

Saya tak pasti, apa yang membuatkan saya begitu terdorong untuk membantu saudara-saudara kita di sini. Adakah, atas semata-mata hubungan yang lebih pekat daripada darah itu? Tanyakan pada diri kita sendiri, apa yang sering membuatkan kita teringat kepada saudara-saudara di Palestin.. Adakah kita HANYA bersimpati dengan keadaan mereka di sana.

Andai hati ini milikmu, Palestin
Sudah pasti aku datang kepadamu..

Andai aku masih merasakan sentuhan jiwamu di jauh sana
Tiadalah aku di sini mengagung-agungkan propaganda duniawi di sini

Andai semua hati-hati ini dijahit mati tiada terputus
Kemenangan pasti akan datang kepadamu.. InsyaAllah

Namun,
mereka itu, hatinya milik bumi
mereka itu, hatinya milik keluarganya
mereka itu, hatinya milik timbunan wang kertas

Adakah hatimu juga begitu?
Hatimu milik Allah
Roh para syahid menjelma di lahiriahmu

Kadang-kadang...
Aku terdiam..
terhayati suasana tenang..
merasakan hadirnya jiwamu dalam jiwaku
merasakan ukhuwah itu..

Kau orang asing..
Mengapa sentuhan kalbumu begitu peramah bagiku?
Mengapa aku tersentuh, melihat ketabahanmu
melihat keluargamu tersentap dada,
namun bukan MARUAHmu tersentap

Aku ingin menjadi sepertimu
Panggilan kalbumu akan kubalas
Akan kusahut dalam rohaniku, jasadku, jiwaku

Tidak lama lagi, Aqsa Sharif akan mengadakan satu lagi misi kemanusiaan ke Gaza pada 20 Ogos 2011 sehingga 28 Ogos 2011. Marilah kita bersama-sama mendoakan kelancaran misi ini, dan memberikan segala usaha kita yang terbaik bagi membantu saudara kita di sana. untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

You Might Also Like

0 comments