Bersihkan hatimu..
3:29 PMsebelum ramadhan datang, hatiku berasa gundah-gelana memikirkan kedatangan bulan yang mulia ini. sempat kah aku menyambutnya? adakah aku mampu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
malam itu, segera aku melajukan langkah menuju ke dewan masjid. tiba-tiba, ada seorang mak cik di hadapanku menyuruhku datang ke depan saf bagi menyempurnakan saf. aku melihat mak cik di sebelah ku yang menyuruh aku ke depan. makcik ni, suruh orang.. dia pula tak ke depan. aku mengalah.
ketika solat isyak, entah beberapa kali aku mengangkat takbir. seolah-olah ada sesuatu dalam hati ini yang masih tidak selesa dengan keadaan ketika itu. hatiku menjadi resah, seolah-olah aku gagal memujuknya agar kusyuk dengan solat isyak.
aku tak pasti, mengapa sepanjang solat isyak itu, aku memikirkan hakikat hati ini. apa masalah hati ini? adakah ia sudah terasa dengan kelakuan makcik sebentar tadi?
Makcik tu kan suruh penuhkan saf di depan, bukan memarahi aku.
aku sedar, aku ego untuk menerima nasihat orang. aku tidak ingin menerima hakikat orang lain menegurku. kenapa aku sudah tidak ingat? kenapa aku sudah kurang faham? adakah aku marah dengan diriku sendiri yang ragu-ragu mahu penuhkan saf di depan.
ternyata, tangisan hati ini melarut sehingga lewat malam, sehingga aku sudah pulang ke kolej. aku kurang pasti, adakah keberkatan ramadhan ini telah menyedarkan aku daripada mimpi yang lama? mengapa hatiku, tatkala datang bulan ramadhan ini, serasa hina, rendah dan malu dengan diriku sendiri.
aku harus lakukan demi Allah walaupun hanya sedikit. aku harus memanfaatkan bulan ramadhan ini, walaupun hanya sebulan. kerna aku tak pasti, adakah aku akan diberi peluang dan semangat seperti ini pada bulan yang lain.
semoga aku dan kita semua terus tsabat dalam perjuangan meniti jalan ke syurga. semoga aku dan kita semua terus membenarkan islam ini menusuk kalbu ini sehingga terasa bibit-bibit manisnya buat selamanya. semoga Allah merahmati usaha kita. insyaAllah.
salam ramadhan dari seremban untuk orang di Malaysia, alexandria, dan west lafayette. :)
Wallahu Ahlam.
0 comments