Minta Duit Daripada Allah
1:46 AMSalam alayk.
Sanggup kita sumbangkan beberapa puluh ringgit untuk jalan Islam? Sanggup ke kita belikan Al-Quran atau buku doa untuk rakan kita yang tiada hubungan darah sebanyak RM 50?
Mungkin ada yang sanggup, mungkin ada yang berkira. Memang, kadang-kadang saya terlalu berkira dengan orang lain, malah dengan diri sendiri. Walaupun diri saya mahukan sesuatu, tetapi atas alasan tidak penting, saya buang jauh-jauh perasaan itu. Kata orang, berfikir dua kali sebelum berbelanja. Ada orang pernah cakap, "Suatu hari nanti kau akan rasa macam mana beli apa saja yang kita mahu tanpa ragu-ragu."
Tak pun, kita putar ayat ini jadi:
"Kita sumbangkan harta kita ke jalan Allah tanpa ragu-ragu."
Kadang-kadang, kita ini terlalu berkira dengan Allah. Duit itu, Allah yang bagi. Lebih-lebih lagi, bagi seorang penoreh getah, jumlah susu getah memang bergantung pada takdir yang ditentukan Allah. Kalau Allah izinkan pokok itu keluarkan banyak susu, banyaklah. Kalau Allah perintahkan hujan turun pada hari itu, musnahlah usaha si penoreh getah itu. Nak tak nak, memang bergantung sepenuhnya kepada Allah.
Jadi, penoreh getah bergantung banyak kepada Allah, so jadi cikgu, duit kan masuk setiap bulan?
Andai kata kita yakin dengan duit itu, cukuplah wang bagi menyara hidup kita. Saya ada cerita mengenai seorang hamba Allah yang mana, dia setiap bulan akan menderma ke tabung BaitulMal. Jumlah yang dia dermakan bukan sedikit, tetapi hampir separuh daripada gajinya yang masuk setiap bulan. Namun, wang yang terlebih sentiasa cukup untuk menampung keluarganya. Suatu bulan, dia berasa apalah salahnya jika dia tidak menderma untuk satu bulan saja. Jadi, dia pun tidak jadi menderma dan berbelanja lebih sedikit. Takdir Allah, pada bulan itulah banyak yuran persekolah anaknya, bil-bil datang ke rumah, kena beli barang untuk rumah. Tengok-tengok, duit tak cukup. Terpaksalah dia meminjam sedikit duit daripada seorang ustaz.
Nak tak nak, kerja sendiri ataupun gaji tetap, memang segalanya kita bergantung kepada Allah. Bila kawan minta belanja, mulalah berkira. Tapi, bila kawan lelaki minta, kita pun kata "ambillah apa-apa jer."
Saya pernah menghadapi situasi di mana saya menghasilkan booklet free untuk kawan-kawan saya yang memerlukan komitmen dan duit yang boleh tahan juga. Tapi, selepas 'invest'kan duit dan tenaga itu, saya tidak rasa sebarang kerugian pun. memang, dalam jangka masa pendek, mungkin kita akan rasa kerugian. Tetapi dalam jangka masa panjang, nilai itu tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan jumlah harta yang disumbangkan oleh Saidina Usman Affan. Apalah sangat kan...
Hidup kita ini bukan perlu bertumpu kepada mencari duit saja. Kalau macam itu, kata orang putih, "There's no life". Memang pun. Kalau kita mahu kejar duit saja, tidak confirm kita boleh dapat. Tapi alangkah bagusnya, ketika kita mencari rezeki itu, kita meletakkan pengharapan kepada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Tak ada ruginya. Kejarlah kasih sayang Allah. Semoga kita tak terjatuh dalam gunung emas yang tidak pernah membuatkan kita puas pun. InsyaAllah. Amin..
0 comments