Baru Muda Dah Pergi...
1:26 AMSalam alayk.
Baru-baru ini, saya baru saja menyambut hari lahir yang ke 19. Peningkatan usia ini membuatkan saya berasa 19 tahun kehidupan saya di bumi ini masih tidak cukup andai dibandingkan dengan Sultan Muhammad Fateh dan Salahuddin Ayubi yang mampu menyumbangkan sesuatu untuk agama Islam. Tahun depan sudah 20 tahun. Sudah 1/5 abad. Kira berusia juga la.
Namun, pada usia yang muda inilah salah seorang sahabat di kolej baru saja pergi menghadap Ilahi. Innalillah wa innalillahi roji'un. Seorang senior saya ketika saya berada di MRSM TGB dan KMS. Saya ingat lagi bagaimana beliau membantu kumpulan robotik saya menyumbangkan idea untuk pertandingan kami. Entah, saya pun tidak tahu mengapa pemergian arwah benar-benar menyedihkan saya. Bukan saya tidak merelakannya, tetapi jika dibandingkan dengan pemergian arwah Kak Leya, saya lebih merasai kehilangan ketika ini. Komplikasi kegagalan buah pinggang dan pendarahan otak mungkin menyebabkan arwah jatuh sakit.
Mungkin Allah mahu saya rasa akan aura kematian itu. Mungkin ketika inilah, Allah bagi saya peluang untuk menginsafi diri. Tapi manusia memang macam ini. Selepas majlis tahlil saja, bermulalah gelak ketawa dan gurau senda. Alhamdulillah, ada juga yang masih mengambil iktibar.
Kalau nak diikutkan, cemburu juga saya melihat arwah dijemput Ilahi pada hari Jumaat. Allah Maha Berkuasa, kalau Dia mahu seseorang itu mati dalam keadaan mulia, maka jadilah. "Kun Fayakun.." Mungkin apa yang saya nampak pada arwah tak sama pada pandangan Allah, tetapi Dia lagi Mengetahui bukan?
Subhanallah. Saya pun tak tahu apa yang saya rasa ini merupakan satu nikmat yang Allah kurniakan atau pun mungkin saya seorang perempuan, emosional. Tapi saya yakin, insyaAllah, Allah ada rancangan yang terbaik buat arwah dan mereka yang berada di sekeliling arwah. Semoga kita yang hidup ini mengambil manfaat daripada perihal kematian ini, sedangkan bagi arwah, ini adalah satu pengakhiran hidup di bumi. Amin.
KIta sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Abdul Afiq Aiman. Amin..
0 comments