Uh, Susah! :)
2:22 AMApa khabar iman semua? Semoga kita sama-sama perbetulkan niat kita berada di atas bumi Allah ini dan apa yang kita sedang lakukan sekarang.
Tiba-tiba, saya teringat pepatah orang putih, a journey begin with a single step.
Of course la kan, termasuk la sebagai seorang pelari, kita mestilah bermula dengan suatu langkah. Tapi, saya nak kaitkan dengan situasi seorang pelajar kini. Apabila dia sudah bersuka ria di rumah, bergoyang kaki selama 2 minggu, adakah senang untuk dia kembali melakukan kerja sendiri?
Senang cerita, the first step is the hardest.
Cuba tengok orang sekeliling kita. Berapa ramai yang tahu akan kebenaran Islam yang hakiki? Berapa ramai yang tahu dengan menjadi seorang Muslim, kita kena tutup aurat termasuk kaki bagi yang muslimah? Berapa ramai yang tahu pakai tudung jarang itu sebenarnya tidak boleh? Kalau nak diikutkan, wallahu ahlam, ramai la juga.
Tetapi berapa ramai yang sanggup terima? Berapa ramai yang sanggup memulakan langkah pertama dalam jalan syurga itu? Cuba kita bayangkan, memulakan perjalanan di jalan syurga. Alangkah indahnya kalau kita termasuk dalam kalangan orang yang beruntung. Ada rakan-rakan saya yang menangis mahu memulakan langkah di jalan syurga ini kerana susahnya meninggalkan jahiliyah yang melekat. Betapa mulianya jalan ini bagi sesetengah orang.
Memang, kadang-kadang kita malu dengan Allah. Malu dengan bertimbun-timbun dosa kita ada dan tiba-tiba saja, mahu hadap dan sujud kepada Allah. Tapi kita nak jadi baik. Ketahuilah, bersyukurlah di atas perasaan malu yang kita ada apabila kita sujud kepada Allah. Kita malu kepada Allah untuk meminta kepadanya, malu untuk mengaku kita ini hambaNya, sedangkan sebelum ini kita bergelumang dengan kemungkaran.
Namun, Allah jugalah sebaik-baik pertolongan. Allah jua lah sebaik-baik tempat kembali. Segan tidak mengapa, nanti lepas mati, pasti kita mahu berlari kepada Allah, bukan? Ketahuilah, apabila kita melangkah kepada Allah dengan berjalan, Allah akan berlari kepada kita. Agak-agak sepantas kilat? Wallahu Ahlam. Selamat beramal!
*Hakikat hidup ini sering kembali kepada kita. Manusia perlukan Allah dan itulah fitrah manusia sama ada mereka mengetahui atau pun tidak.
0 comments