Exam : Results vs Usaha
5:59 PMSalam alayk.
Sudah berminggu-minggu saya tidak menulis. Kesempatan itu ada, namun tatkala tangan ini mahu saja menaip, timbul suatu benak di dalam diri ini.
Exam akhir semester baru saja berakhir hampir seminggu yang lepas. Kini, saya bakal menghabiskan masa selama sebulan di rumah. hati ini masih lagi berkira-kira untuk melakukan apa yang perlu dibuat.
Apa khabar dengan final exam anda?
Entahlah. Tawakal saja lah.
Very well. Alhamdulillah.
Teruk kot. Entahlah, patutnya sem ni aku score tinggi.
Malas nak fikir. Yang dah lepas, lepas lah..
Bercakap mengenai hati seseorang, memang kita sendiri tak boleh nak duga apa persepsi orang terhadap sesuatu. Ada yang positif, ada yang negatif. Terpulang kepada seseorang manusia itu untuk mengambil jalan kebaikan atau keburukan.
Exam, bagi saya merupakan salah satu ujian daripada Allah s.w.t. Nama pun test. Kata seseorang, test untuk menguji sejauh mana kita bertawakal kepada Allah. Macam biasalah, hampir kesemua akan berkata kita bertawakal kepada Allah. Tapi, perasaan tawakal itu tidak semua merasakannya, saya kira. Kebanyakan daripada kita sekadar melafazkan di bibir, tidak di hati.
Semua orang tahu mereka perlu berusaha untuk mendapat keputusan yang terbaik. Ada yang menghafal, ada yang sanggup berjaga dan macam-macam. Berusahalah, kerana itu adalah apa yang Allah lihat kelak. Bagaimana pula dengan reaksi kita apabila kita melihat keputusan kita?
Kata seseorang yang dekat dengan Allah, dia akan berusaha sedaya upaya sehingga saat terakhir dia menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan. Dia mahu Allah melihat usahanya walaupun dia sendiri kurang pasti adakah usahanya mencukupi. Sesungguhnya, dia tidak kisah akan keputusan yang bakal diperolehi, asalkan dia sudah mencuba.
Adakah usahanya mencukupi? Dan apabila kita mendapat keputusan yang mantap, adakah itu bermakna usahanya sudah mencukupi?
TIDAK!
Pernah banyak kali saya lihat dalam sejarah hidup saya, beberapa orang selalu berusaha gigih, namun dia tidak mendapat keputusan cemerlang. Dan selalu juga saya lihat orang yang kurang berusaha itu mendapat ganjaran yang tidak disangka-sangka. Adakah anda melihat pada keputusan saja?
Ketahuilah, di akhirat kelak, Allah tidak akan bertanya apa pencapaian kamu, tetapi Dia akan bertanya apakah yang kamu sudah buat untuk mendapatkan sesuatu.
Kita tiada punya kuasa untuk menentukan bahawa kita layak untuk mendapat keputusan cemerlang apabila kita 'rasa' kita sudah berusaha. Allah saja Yang Maha Berkuasa. InsyaAllah.
WallahuAhlam~
* jangan sedih andai keputusan tidak seberapa. Jom kita ikut scale Allah yang melebihi segala2nya. :)
0 comments