bercerita mengenai hijab

2:44 AM

Salam alayk.


Pemakaian hijab di seluruh dunia amatlah berbeza mengikut pendapat setiap individu. Saya mahu ceritakan mengenai pengalaman saya sejak memakai tudung. Mula-mula, saya bermula dengan tudung yang kebanyakannya semua orang bertudung pakai. Tudung biasa saya panggil. Semasa memakai tudung biasa itu, saya rasa tiada beza dengan tidak memakai tudung, sebaliknya yang hanya berbeza hanyalah pandangan kaum Tua terhadap anak dara yang tak sedar-sedar diri lagi. Lama kelamaan, perasaan memakai tudung kerana perintah ibu bapa bertukar menjadi suatu kewajiban yang saya kira, saya harus penuhi.

Tapi tak cukup.

Pemakaian tudung biasa tidak mengubah pandangan orang terhadap kita. Kawan-kawan lelaki macam biasa, seperti platonic friendship. Dan lama-kelamaan, saya merasakan saya tidak mempunyai sebab atau pun faedah daripada memakai tudung ini.

Apa kalau kita memakai tudung luar biasa?

Persoalan ini saya hanya dapat melalui hidayah Allah semasa di MRSM TGB. Mungkin, kerana suasana yang serba Islamik membuatkan saya tertarik dengan Islam. Dan lama-kelamaan, perasaan wajib itu bukan lagi suatu perintah yang seolah-olah mengongkong kita, tetapi ia bertukar kepada perasaan kepuasan. Puas dalam menutup aurat kita dengan sempurna, seolah-olah, hanya segelintir orang sahaja yang berpeluang sebegitu.
Semestinya, ada yang bertanya, pemakaian tudung tak menjamin seseorang daripada gangguan lelaki. tapi Allah ada janji dalam Surah Ahzab:59,

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)

Tapi kalau kita ikut situasi dunia sekarang, semestinya ada saja perempuan bertudung labuh diganggu. Di sini, saya ingin menceritakan pengalaman saya diganggu lelaki..entahlah.
Dari jauh, saya melihat ada seorang lelaki memerhati saya dari jauh. Oh, di terminal 1, semasa saya menunggu bas ke Batu Pahat. Dan macam biasa, saya membalas pandangannya dengan pandangan berpuaka seolah-olah menghalau dia daripada memandang saya. Namun, perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke arah saya walaupun pandangan berpuaka itu masih menemaninya.

"Dik, muka awak ni macam saya kenal la. Nak pergi mana, dik?" (ayat boring dia)
"Nak pergi batu pahat."
"awak duk batu pahat ke?"
"tak, duk seremban je"
and the rest is history...

bercakap mengenai ayat daripada surah Ahzab ini, pasti ramai tertanya mengapa perempuan yang bertudung masih lagi diganggu oleh lelaki yang asing bagi mereka. ini hanyalah tafsiran saya dan sahabat-sahabat yang lain yang serba khilaf. betulkan apa yang salah.

kita rujuk kembali ayat Quran itu. Di mana Allah menyuruh Nabi menyuruh anak-anaknya dan perempuan mukmin lain untuk melabuhkan jilbab menutupi dada. kenapa tidak menutup menyelimuti rambut ataupun leher. kerana seorang wanita wajib menutup auratnya yang paling penting. sejauh mana kita prihatin terhadap dunia hari ini, lelaki akhir zaman kebanyakannya melihat wanita sebagai satu fitnah yang besar. mereka mengaitkan wanita dengan simbol seks dan yang sewaktu dengannya. jadi, adakah wanita yang melabuhkan jilbabnya adalah simbol seks?

ianya sebegini. cuba anda bayangkan analogi ini. sebuah bas telah berhenti di sebuah stesen dan seorang wanita seksi masuk ke dalam bas. hampir kesemua lelaki dalam bas itu pun terpesona. selepas perempuan itu berlalu dan mengambil tempat dalam bas, seorang perempuan yang bertudung labuh pula masuk. semestinya, hampir kesemua lelaki dalam bas itu mengharapkan perkara yang sama berulang, lalu kesemua mata memandang wanita yang bertudung itu dengan harapan yang keji. sebab itulah, wanita bertudung itu mendapat pandangan - pandangan yang buruk.

dan, insyaAllah, sebab kedua. Allah memberikan dugaan dan cabaran kepada wanita bertudung labuh itu. Seorang wanita bertudung labuh ini, dia pelik kenapa sampai sekarang masih ada budak lelaki yang mengusiknya, mengganggunya kerana dia bertudung labuh. Jom, kita husno zon (baik sangka) pada Allah. Mungkin, Allah ingin berikan dia ujian, untuk melihat sejauh mana dia dapat bertahan dengan memakai tudung labuh. Sememangnya, dunia akhir zaman ini, wanita adalah fitnah yang terbesar walaupun sejauh mana dia menutup aurat pun. hadis Nabi ada menyatakannya. Usikan budak lelaki itu, saya kira bukanlah atas sebab seksual, tetapi lebih kepada mencaci dan memaki perempuan itu kerana dia mengikut sesuatu yang bertentangan dengan norma masyarakat dan kebencian lelaki itu.

Tambahan, Muhammad S.A.W yang merupakan rasul Allah itu pun mendapat gangguan dan dugaan yang terhebat daripada kaum Musyrikin Mekah. Memang, dia menjalankan segala yang Allah perintahkan, namun Allah bagi baginda ujian untuk menguatkan lagi penetapan iman Nabi kepadaNya. Apatah lagi kepada seorang muslimah yang ingin menutup auratnya dengan sempurna. Sama lah dengan kes perempuan ini. benar, segala perintah yang Allah turunkan pada kita, kita kena ikut, tapi kita tak boleh jamin kita selamat. InsyaAllah, Dia sentiasa melindungi orang mukmin di akhirat kelak. Amin..

Jika anda tergolong dalam golongan pertama, muhasabah lah dirimu. Islam itu bukan agama yang membebankan. Dan andai anda golongan kedua, bersabarlah. Kerana sabar itu, tiada batasan hubungannya dengan Allah Azza Wa Jalla.

Yang penting, kena sentiasa ingat.
Makin bertambah keimanan,
makin bertambah cabaran dan dugaan,
boleh jadi ia kesukaran yang melemahkan, atau
kesenangan yang melalaikan.
teruskan bersabar :)

Wallahu Ahlam~
may Allah bless u.

You Might Also Like

0 comments