Be Firm to Ourselves

5:52 PM

Tatkala itu, aku merasa selesa. Selesa yang tiada salahnya. Selesa kan benda baik?


".....Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216

Acap kali kita dengar ayat ini bermain beberapa kali di bibir para ulama, duat dan rakan-rakan seperjuangan. Mungkin, kali ke seribu kita mendengar ayat ini, waktu inilah hati kita sangat tersentuh.

Selesa? Saya kira kita pasti selesa dengan dunia sekarang, situasi kini. Apa yang selesanya, entah, hanya Allah saja yang tahu. Ia, saya kini berada di zon yang selesa, namun saya tak merasa bahagia. Bahagia yang hanya Allah saja yang tahu. Kat orang putih, learn to take the risk! Ambil risiko keluar dari zon ini.

kenapa mahu keluar?

Andaikan kita tinggal di sebuah rumah, kita merasa sangat selesa. jadi kita tinggal lama-lama. Tetapi, makanan semakin habis. Bil-bil rumah juga perlu dibayar. Jadi, kita keluar rumah. Kita tak jangkakan apabila kita keluar saja dari rumah, mungkin kita akan dirompak ataupun dibunuh, siapa tahu? Tetapi, untuk masa depan, kita kena ambil risiko.

Kadang-kadang, ketika saat kita mahu keluar dari zon ini, itulah saat-saat yang paling susah. Kita kena berpura-pura 'khusyuk' dengan solat, pura-pura pakai baju labuh2, walaupun kadang-kadang kita rimas. Itulah yang harus kita lawan. Pada akhirnya, kemanisan itu kita akan dapat.

Ya, kita akan merasa hipokrit dan perit terhadap diri sendiri dan terfikir bilakah Allah akan bagi kekhusyukan itu? Hanya Allah saja yang tahu.

Muhasabah perihal dirimu, walaupun dirimu selesa dengan segala bagai, dunia ini tidak pernah menjamin sebarang kebahagiaan hakiki. hadapi, walaupun pahit kemanisan itu. Allah pasti membalasnya dengan sesuatu yang tak disangka-sangka. :)

"Pada hari itu, ada wajah yang berseri-seri, tertawa dan gembira ria." Abasa: 38-39

You Might Also Like

0 comments