otak vs badan

11:34 PM


Salam alayk. Alhamdulillah, post kali ini bertanda yang ke-100.


Baru-baru ini, saya kerap tidur awal. Mengharapkan untuk bangun tahajud tengah malam dengan harapan yang sukar ditunaikan. Bukan apa, tetapi kadang-kadang belajar tengah malam itulah yang terbaik.

Sering kali, tatkala saya bangun tengah malam, saya teruskan rutin saya dengan mengulang kaji pelajaran tanpa solat tahajud ataupun perkara seumpamanya. Alasan? Takut ke tandas pada pukul 2.00 pagi, padahal sudah ada Pelindung Yang Maha Melindugi.

Sampai suatu ketika, saya bangun. Saya solat dan berzikir. Ketenangan yang saya rasa, bukan ketenangan palsu yang kadang-kadang kita terpaksa rasa demi merasai kekhusyukan berkhalwat dengan kekasih kita, Allah. Dan perasaan yang tak tergambar itulah yang menemani dan menghidupkan malam saya untuk membuat segala tugasan dan mengulang kaji pelajaran ketika itu, keseorangan. Seolah-olah, akal saya sudah membuat mind set bahawa malam itulah masa yang terbaik untuk mengulang kaji pelajaran. Kata orang putih, mind control drives the body to act. Wow!

Sampai masa mahu ke kolej, saya tak tidur. Kekuatan itu Allah yang bagi, bukan? Alhamdulillah dan syukur kepadaNya. Tapi secara luar biasanya, kekuatan itu datang daripada solat tahajud, mungkin. Wallahu Ahlam. Alhamdulillah juga, saya tidak merasa sedikit pun rasa mengantuk ketika kuliah. Akhirnya, pada waktu petang, saya menmbiarkan badan saya berehat, sampai terlajak.

Bukan saya mahu ceritakan rutin, tapi apa yang saya dapat, selagi otak kita masih bekerja, badan akan menurut. Namun, tatkala kita merehatkan otak kita, badan juga menurut, malah menguasai otak kita. Sebagai contoh:

seseorang pelajar ini, sudah tidak tidur 2 hari, namun dia merasa segar, dia masih lighat berfikir. Namun, apabila, suatu petang dia cuba mahu tidur selama 1 jam, dia akan terlajak, mungkin kepada 3 jam atau 4 jam. Kerana, otaknya, tidak lagi menguasai dirinya, sebaliknya, kepenatan itu mula menjalar.

Betapa kuatnya otak manusia ini sehingga mampu menahan badan daripada melakukan sebarang perbuatan. Oh, gambar di atas adalah semasa Kem MPP di Tasik Kenyir. Selagi otak kata KERJA, badan pun kena macam tu lah. Mind set, people! insyaAllah.

Wallahu Ahlam~
p/s: maaf, sedikit jammed.

You Might Also Like

0 comments