Sedikit Usaha, Ada Nilainya.
12:51 PMKini, dia lega. Kakinya berjalan perlahan ke arah wakaf di situ, sambil menunggu kakak usrahnya datang membawa makanan.
"Pentingkah usrah ini? Aku mahu belajar Biologi.", hatinya berkira.
Tidak lama kemudian, penuh wakaf itu dengan bau roti canai dan gelak ketawa beberapa orang akhawat.
Nampak gambar di atas dengan nombor-nombor itu? Kakak usrahnya menyuruh setiap ahli menyambungkan nombor-nombor itu sehingga maksimum dalam masa yang ditetapkan. Kemudian, daripada seorang kepada dua orang setiap kertas, kemudian 5 orang, dan terakhir sekali semua orang bekerjasama siapkan satu kertas.
Kata seorang apabila ditanyakan ibrah yang didapatinya:
"apabila semua orang kena sambungkan nombor dalam satu helai kertas kecil, memang susah. Sebab nak mula dengan siapa, siapa kena sambungkan, yang lain kena buat apa? Jadi, yang lain berusaha sambungkan nombor walaupun tak ikut turutan, sementara ada yang buat ikut turutan. Janji setiap orang melakukan tugasnya"
Betul, walaupun seringan mana pun tugas itu, kita masih ada tanggungjawab untuk selesaikan walaupun dalam kumpulan. Mahu harapkan siapa lagi? Memang sedikit yang kita buat, umpama membuang duri di jalan, tapi nanti bila ada tayar kereta terbocor terkena duri, semua pihak akan disalahkan.
Lakukan apa yang PERLU kita buat, walaupun sedikit. Nanti, di akhirat, mahu jawab apa dengan Allah? Segan, segan...
Harap menjadi peringatan buat kita, manusia yang lalai.
Wallahu Ahlam~
0 comments