Diriku masih Penting. :)
11:39 PMKamu perlukan dakwah, tetapi dakwah tak perlukan kamu. Masih ada lagi insan yang mulia sudi melakukannya.
Fuh, ayat tak boleh blah. Tapi, terasa juga. Terasa kita ni apa la sangat, macam penting sangat saja. Tercabar juga macam kita ni tak mulia pula? Subhanallah.
Ada kisah seorang majikan dan pekerjanya. Suatu hari, majikan jumpa seorang pekerja baru yang berkualiti yang ingin bekerja di syarikatnya. Lalu, dia mengeluarkan seorang pekerja lama yang tidak berkualiti bagi membolehkan pekerja berkualiti bekerja.
Kata pekerja lama kepada majikan:
Tuan, jangan pecat saya. Saya perlukan kerja ini. Ada anak bini nak kena tanggung.
Kata majikan:
Ah, aku tak perlukan kau. Kau tak berproduktif, baik aku pilih dia yang lagi bagus.
Macam diri saya ni macam pekerja lama.
Malu. Malu.
Dakwah tak perlukan saya? Siapa cakap? Nanti saya buktikan salah.
Semoga Allah memudahkan kita berjuang di jalanNya. Ada sesiapa mahu? Saya mahu! insyaAllah.
Wallahu Ahlam.
4 comments
kite mau !!! takpe kite sama2 belajar !!!
ReplyDeletesemoga juga. :) amin.
ReplyDeleteinsyaAllah
ReplyDeletesubhanallah, insyaAllah. Amin..
ReplyDelete