Ranjau Amrina
8:33 PMSeperti biasalah, post kali ini berkaitan dengan hidup saya. Peristiwa dahulu yang ingin saya ulang kembali kira-kira 5 tahun lepas.
Saya ingat lagi, semasa mula-mula saya mendaftar di MRSM Kuala Klawang semasa Form 1. Ketika itulah, saya bertemu dengan Am. Pada mulanya, saya tak sukakannya kerana memang tak suka. Saya hanya akan bergaul apabila rakan sebiliknya, Mai datang ke bilik saya untuk makan sama-sama kerana rakan sebilik saya baik dengan Mai.
Am, baju kurung prepnya sering bermain dengan satu warna saja. Dan tudungnya, dua warna saja. Kalau baju kurung hijau, hijau lah semua. Tiada bunga, tiada corak-corak abstrak yang digilai kini. Untuk disuaikan antara tudung hitam atau putih berjahit. Tidak mengapa, itu style dia. lain daripada lain. Lama-lama, saya rapat dengan dia. Entah, sudah takdir Allah menjadikan saya suka kawan dengannya. Dulu, dia ada banyak gelaran.
Gelaran 'sunnah nabi' kerana makan sangat lambat sampai sopannya terlebih, itu kata orang. Ada gelaran 'talk to the hand', itu sensitif sikit la. ada gelaran macam-macam lagi. Ada gelaran, ke tak ada ke, saya panggil dia Am juga la.
Saya ingat lagi, kalau di depan pintu bilik asrama, mesti ada profil pelajar bilik itu. Dan saya memang hafal alamat Am, di Tanjung Karang.
No. xxxx, Belakang Surau Biru,
Simpang xxx,
Tanjung Karang.
Am, seperti biasalah, lain daripada yang lain. Belakang surau Biru. Saya bertanyakan kepada dia, apa maksudnya? Katanya, nak bagi klu kepada pak cik posmen supaya tahu yang rumahnya di belakang surau berwarna biru di Tanjung Karang. Saya pun tersenyum kambing, dia juga begitu.
Sampai saya form 3, saya dapat duduk satu bilik dengan dia!!! Dan dia sangat mengalu-alukan saya!! Masa Form 3, pelajar diagih-agihkan kelas mengikut gred peperiksaan. Dapatlah saya kelas yang depan-depan, dia pula di kelas tercorot. Dan kerana itu, saya kena push dia banyak kali juga untuk belajar. sebab? Kalau hujung minggu, dia hanya tidur, makan, solat. Baca buku, ada. Tapi sikit saja. Dan saya semakin kuat menasihatinya, mungkin dia semakin jemu. Kalau pagi-pagi, saya malas mahu tunggu dia. Nanti lambat breakfast dan lambat pergi ke kelas. jadi kalau dia lambat, saya bising. dan dia sedar saya semakin bising kepadanya.
Suatu hari, kami menyambut raya di maktab. Dan Am memakai baju rayanya yang sehingga kini, saya ingat. Baju coklat bunga-bunga. Dan ada macam berkilat-kilat. Tapi bagi saya, baju itu biasa saja. Tapi, mahu tahu apa dia cakap?
Baju ini lawa sangat. Jarang dapat beli baju cantik-cantik.
Dan saya pun senyap terus. Pernah sekali, Aisyah rakan kami datang ke bilik kami untuk memberikan seketul peha ayam KFC yang spicy, sedap kot dan untuk dikongsi kami berdua. Ala, ayam KFC, mana-mana boleh dapat. Tapi dia kongsi dengan saya, katanya, di rumah tak pernah makan ayam KFC. Sedap. Dan dia menghabiskannya.
Tahu mengapa post saya ada perkataan ranjau?
Sebab, dalam IB, saya belajar novel Ranjau Sepanjang Jalan, kisah mengenai keluarga petani yang serba daif yang ada banyak ujian. Bila saya baca novel ini, saya pasti ingat kepadanya. Dan memori itu semakin galak datang kepada saya.
Am, ayah kerja apa?
Pesawah, kan di Tanjung Karang banyak sawah.
Owh, bestnya. kalau macam itu, banyak korang ddapat untuk sekali tunai. Yelah, jual kat syarikat beras banyak-banyak. Best nyaa!
adalah, dapat dalam RM6000.
WHOAA!!
Tapi, RM 6000 itulah untuk 6 bulan bertahan. Padi kan dituai 2 kali setahun. Nak bayar duit guna jentera pajak lagi. Beli makanan, barang dapur.
Saya senyap ketika itu.
tapi yang bestnya, dapat tangkap banyak sangat ikan masa tu. Tangkap kat sawah, sambungnya. Gembira!
Dan suatu masa zaman Form 3, saya lihat alamatnya bertukar.
No. xxxx, Belakang Surau Kuning,
Simpang xxx,
Tanjung Karang
Sata tanya kepadanya, kenapa Surau kuning? Katanya, surau itu sudah tukar cat kuning. Kami pun senyum-senyum kambing.
XXXX
Mahu tahu sesuatu? Saya rasa mahu saja pergi ke Tanjung Karang sekarang, mahu jumpa dengan dia, minta maaf kepadanya sekarang. Tapi sudah lost contact.
Saya tak pernah sangka yang Am dulu yang saya rasa hanya rakan biasa, tiba-tiba muncul dalam mimpi saya beberapa hari yang lepas, mengatakan bahawa dia diterima masuk ke KMS. She stands so much on herself! She be herself, exposing the true colour of her, wishing someone could understand her more because she's expecting that much. Now, I realised how much her big dependency towards me, hoping me to understand her and how she really bring impacts in my life.
After all the questions I had asked her, she never answered them reluctantly, shaming on her poverty life, besides to think positive of it. And she's the first one (I think) who openly told me what my weakness, that I'm lack for. That's the true friend.
Bagi saya, itulah kawan. Alhamdulillah, Allah still give me chance to remember her, although it've been 5 years then. Ok, insyaAllah, saya akan sambung lagi.
Wallahu Ahlam~
p/s: maaf, entri ini panjang banyak.
4 comments
i like this entry! like like like.... :')
ReplyDeletei went thrice to Tg. karang since my school was Kusess and some people there really susah and live in such a simple life. But they're very nice
hahaha. never been there before. yeah, amrina memang baik pun.. hahaha. thanks like!
ReplyDeleteu spelled the words out like magic,sis
ReplyDeletesubhanallah.
nk try tulis novel? :)
what magic, sis? the best words is the ones that come from heart. Subhanallah. :)
ReplyDelete