Mode keluarga~

12:53 PM

Salam alaik.

Ketika ini, sedang duduk seorang di rumah mengira masa untuk bergerak ke Gerik, Kedah. Sebentar lagi, akan ada orang datang rumah menjemput saya pergi.

Ketika ini, hati berdebar-debar menunggu masa. Ala, pergi Gerik pun bukan apa, ada kursus kepimpinan MPP yang MARA anjurkan. Tapi kenapa rasa resah dan berdebar-debar ni?

Andai kata saya rasa resah untuk meninggalkan rumah di tengah-tengah cuti ini logik ke? Rasa sayang tinggalkan rumah untuk pergi ke tempat yang jauh sehingga hari Jumaat. Tinggalkan rumah? Lihat di rumah ada siapa? Ada keluarga yang penuh kasih sayang kot. Takkan itu sudah rasa berat hati?!

Kata seorang ukhti:

"Berdoalah kepada Allah supaya meletakkan dunia di telapak tangan kita, bukan pada hati kita. Kerana, supaya senang untuk kita melepaskan dunia apabila ia berada di tapak tangan kita, tetapi apabila dunia berada dalam hati kita, ia seolah-olah menjadi sebahagian diri kita yang susah kita buang."

Dunia yang saya lalui bukanlah dunia leka dan lalai dengan budaya hedoinism yang sesak melanda masyarakat Malaya ini. Tapi dunia berupa kasih sayang keluarga yang kadang-kadang kita lupa, untuk meletakkan Allah di carta yang pertama.

Kata seorang lagi:

"Jika anda mengutamakan Allah di tempat yang pertama sekali, nescaya dia akan meletakkan anda di tempat yang unggul di hati orang lain."

Ok, kita letak jika kita resah meninggalkan keluarga kerana kita risau bahawa kita tak akan jumpa lagi. Yelah, kalau pergi ke tempat yang jauh, kita tak dapat nak ramalkan apa-apa kan? Tapi, boleh kah kita jamin kalau kita tak tinggalkan rumah, kita masih dapat berjumpa dengan mereka. Ajal ada di mana-mana.

Kadang-kadang, keluarga bukan dari sebahagian dunia itu. Kadang-kadang juga, mereka juga menjadi akhirat bagi kita. Tapi ingat, jika ia menjadi akhirat, pasti kita akan meletakkan Allah di carta pertama. Bukanlah saya mahu sesiapa saja yang membaca post ini mengenepikan keluarga, tetapi sekadar peringatan untuk saya dan anda. Kadang-kadang kita lupa, betapa kuatnya kasih sayang sesebuah keluarga, kasih sayang Allah melebihi jangkauan itu. InsyaAllah.

Allah always appreciate every sacrifice you made for Him, more than you ever thought.

Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

0 comments