Ibrah di Gerik: Day 1
9:59 PMCredit to zul azwani. Boat ketika mahu mendarat
Awak, saya suka awak. Muka awak macam ikan duyung.
Awak, awak ini macam ustazah lah.
Awak, muka awak ini macam orang korea la.
Awak, muka awak ini macam dia lah.
Kesemua ayat di atas, diucapkan oleh orang yang sama. Bak kata Loque, ayat boring dia. Orang yang saya tak pernah jumpa perangainya, dan subhanallah, saya jumpa di kem di Temenggor.Pada mulanya, saya tak dapat nak terima perangai lelaki macam ini, yang sebelumnya mengangguk kepalanya kepada saya ketika di boat tanda per'kenal'an. Tak nak!
Tetapi, ditakdirkan Allah, saya bersatu kumpulan dengannya pada malam tersebut. Bersama dengan beberapa lagi ahli kumpulan dari pelbagai kolej lagi. Ketika itulah, keluar ayat nombor 2 di atas. Ustazah, tidak mengapa lah. Janji sudah ada pakaian muslimah saya sarungkan. Tidak lama kemudian, proses pemilihan penghulu dan penghuluwati.
Owh, dia budak femes rupanya. Dan dijadikan penghulu atas sikapnya yang terlalu peramah, saya kira. Pada mulanya, dia tidak mahu kerana dia bukan MPP, dia bukan berkepimpinan, dia gila-gila saja.
Surprisingly, dia cakap pada saya, "Ustazah, doakan saya dapat jalankan tanggungjawab tau. Saya takut ni, ustazah."
Saya kira macam, tak sangka mat romeo itu berkata sebegitu. So, don't judge a book by its cover. Alhamdulillah, dia berjaya lakukannya.
Tahu apa saya balas padanya, janji kita mencuba bukan?
"Kita tak tahu jadi ketua ini baik ke tak, tapi bila dah diberi, lakukan sebaik mungkin ok?"
Walaupun saya tak tahu, dia faham ke tak. Tapi ok lah kan, dia masih lagi mencuba untuk mendengar. Alhamdulillah.
Bukanlah apa, tapi pergi ke kem begini mendedahkan saya kepada pelbagai jenis orang yang mungkin saya mengambil masa untuk mengenalinya, tetapi alhamdulillah, saya puas kerana dapat menerima diri seseorang itu sepenuhnya. Kawan, bukan pada erti berkongsi cerita dan rahsia, tetapi pada menerima diri setiap seorang dengan seadanya sama ada kelebihan atau kekurangan mereka.
Uhibbuki fillah~
Wallahu Ahlam~
0 comments