Jangan Bergaduh!

3:42 AM

salam alayk


Ada yang berkata kepada saya, bagaimanakah untuk berubah?

Tiada cara yang lain melainkan anda perlu berkorban sesuatu untuk berubah.

Ingin jadi baik, korbankanlah sifat ego kita terhadap orang lain. Adakah kita mahu ego juga pada Allah?

Seperti yang saya katakan dalam post yang terdahulu, jangan sesekali letakkan pandangan pertama kita terhadap seseorang (first impression) itu menjadi panduan selama kita berkawan dengannya. Permulaannya, memang lah sukar, tetapi itulah salah satu cara untuk kita ubah diri kita.

Perpaduan Islam adalah sebegitu. Jika anda sayangkan Islam, bersatulah kerana Islam. Dan kerana Islam lah, anda sanggup menerima segala keburukan dan kelemahan seseorang. Jangan menilai seseorang jika anda tidak mengenalinya dengan lebih mendalam.

Sahabatku, jika bukan anda, siapa lagi yang akan memulakannya. Siapa lagi yang sanggup berkorban segalanya demi Islam. Letakkan egomu di tepi, terimalah seadanya orang lain.


Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

1 comments