Half Day in KMB! :)

2:18 AM

salam alayk


Ahad lalu, saya rasa penat. Sangat penat. Kerana beberapa orang MPP harus pergi ke KMB untuk menyertai program Pushing Boundaries yang dianjurkan oleh senior di sana. Sudah takdir, hanya saya seorang saja budak MPP IB yang pergi ke sana, jadi di sana, sayalah yang banyak cakap. Sebab pelajar KMB semuanya IB. Yang bestnya, hampir semua orang speaking. Nak tak nak lah, masuk kandang lembu, menguak, masuk kandang kambing, mengembek.

Apabila saya sampai di sana, saya terkejut juga. Cantik juga bangunan di sini kalau nak bandingkan dengan KMS. Tapi sesuatu yang lagi besar mengejutkan saya. Entahlah, tapi pada pendapat saya, KMS lagi islamik daripada KMB. Selama ini, saya rasa KMB lagi islamik.

OK saja KMB itu, saya nampak juga halaqah-halaqah di surau itu. Cuma pelajarnya sajalah. Ditakdirkan kumpulan PiBi saya terdiri daripada 5 orang, 3 lelaki 2 perempuan. Dan antara 3 lelaki itu, ada 2 orang budak TGB. Jumpa juga~. Selama program itu berlangsung, banyak jugalah game yang disediakan. Cabaran2 dan macam-macam. Dan sepanjang itulah, saya banyak bersentuhan dengan lelaki. Walaupun bersentuhan berlapik, tetapi saya kira, kalau macam itu, dah kira terlalu dekat la sangat. Ada juga tersentuh kulit betul-betul. Bila saya lalu, depan belakang lelaki.

Saya mengakui, saya tidak merasa apa-apa. Rasa berdosa pun tak ada! Tapi melihat rakan MPP saya yang lain merasa bersalah dan berdosa, saya pun terpengaruh. Benda baik, jangan risau. Alhamdulillah, saya masih lagi waras mengatakan perkara itu salah.

Apabila saya melihat pergaulan berlaku sepanjang program itu berlaku, takut juga. Kita ini semua pelajar-pelajar pandai, tapi jadi muslim macam tak tahu apa-apa. Nak salahkan siapa kalau memang semua orang tak tahu? Yang buat tak tahu, lain cerita lah. Bab perkara bersentuhan lelaki dan perempuan, mungkin ada yang kata bersentuhan secara tidak sengaja, dan berjanji tidak akan mengulanginya. Agak-agak kalau kita sentuh kulit khinzir, tangan masih lagi boleh disamak. Tapi kalau dah sentuh tangan bukan muhrim, ada cara nak samak? Bukankah memegang kulit babi berlumur lumpur itu lagi baik daripada memegang tangan bukan muhrim? Istigfar. Istigfar.

Kata seorang sahabat:
"itu lah, takut juga. selalu tersentuh tangan"
"kalau nak samak, tak boleh kan? Habis itu, nak buat macam mana? Mandi wajib?"

The rest is history.

Tapi, keseluruhannya, program PiBi itu memang bagus lah. Dapat juga lah manfaatnya. Cuma yang kurangnya, 'itu'lah. Terima kasih kepada ahli kumpulan saya, Faiq, Idhzan, Ariff, Nazurah, Aida.

You Might Also Like

0 comments