Pahit Dalam Kehidupan

6:47 PM

salam alayk.

Cuti raya haji memang sangat membuangkan masa saya. Saya jadi malas walaupun exam final pada minggu hadapan. Sedangkan orang lain, cuti raya haji hanyalah sehari. Sudah rezeki saya. Tahu mengapa saya malas? Balik rumah, tidur awal, tengok movie dan pelbagai lagi. Macam kamu semua juga. (bukan semua)

Selalu bermain internet mendedahkan diri saya untuk tertarik kepada banyak benda. Macam seorang bayi, yang baru saja menjumpai sesuatu perkara baru, dia akan menjadi excited! Dan semestinya, perkara yang saya tertarik itulah tiada kaitanlah dengan International Baccalaureate, KMS ataupun doktor gigi. Lebih-lebih lagi, ISLAM.

Ada ayat Al-Quran berbunyi sebegini,
Dan sesungguhnya, keburukan itu lebih banyak menarik hatimu, maka bertakwalah orang yang beriman.

Betul, sangat betul. Sebab dalam diri manusia, seperti biasalah, nafsu lebih banyak menguasai diri. Dan nafsu itu bukan mengajak kepada perkara baik, tetapi sebaliknya. Itulah ujian yang paling besar untuk diri kita, manusia iaitu berperang dengan nafsu dalam diri kita sendiri. Susah kan bermujahadah?

Seperti saya, berusaha untuk melakukan kebaikan sangatlah senang. Tetapi berusaha untuk meninggalkan kemungkaran, payah.

Walaupun, saya nampak selamat berada dalam jalan yang lurus iaitu berada di atas jalan Islam yang lurus, selalu saya terserempak dengan banyak persimpangan yang saya tak tahu boleh membawa saya kepada pengakhiran yang baik? Cuma jalan itu nampak menarik, iyalah sebab manusia suka meneroka perkara baru.

Manusia suka teroka benda baru, kadang-kadang boleh jadi benda salah. Siapa tahu?
Jadi, tetapkan perjalanan hidup anda kepada satu jalan yang baik. Tetapi suka hatilah, mahu jalan kaki ke, naik basikal ke, anda yang tentukan. Ada persimpangan yang baik, ada yang menyesatkan, semoga Allah tunjukkan kita jalan yang benar.


Wallahu Ahlam~
p/s: peringatan untuk saya dan kamu. xD

You Might Also Like

0 comments