Tenis di Jiwa~

5:53 PM

ehsan google. hanya hiasan*

salam alayk

Puas betul semalam. Dapat main tenis setelah sekian lama sudah tidak main. Sejak SPM habis. Melihat saya menjinjing raket tenis ke gelanggang, ramai juga tidak percaya.

Aida budak sukan? main tenis?
Apa?! Aida wakil ******?

Saya rasa biasa saja. Seperti yang saya katakan, saya puas main tenis dengan kakak senior semalam. Saya dapat pukul kuat-kuat macam lepaskan geram saja. Senang cerita, lepaskan tension. Kesian, kakak itu. Terkejar-kejar bola tenis yang dipukul kiri kanan.

Syukur, Allah sudah menurunkan hikmahNya tak lama selepas itu. Bila saya fikir balik, seronok kan dapat release kan tekanan. Rasa lega sangat. Selain tenis, adalah saya mencuba perkara lain. *Gesek-gesek kaki lantai~* Memang rasa sedap sangat.

Tapi, ingatlah bahawa sebanyak lega mana pun kita rasa bahawa perkara itu membantu kita lepaskan tekanan, Allah juga yang kawal perkara itu. Allah lah yang menjadikan perkara itu dapat melepaskan tekanan kita.

Kata nak lari daripada tekanan lah, masalah lah. Lari lah~
Tapi kita tak boleh larikan diri daripada Allah. Subhanallah.

Cuba bayangkan kalau seseorang itu main skateboard untuk lepaskan tekanan. Kepuasan itu, Allah yang bagi. Cuma yang membezakannya adalah sama ada dia ingat Allah ke tak? Ke Allah saja yang ingat kepada kita?

You Might Also Like

0 comments