wake up from failure!!

12:02 AM

salam alayk


Can I drop?

Itulah persoalan timbul apabila permulaan minggu lepas tiba. Saya rasa mahu saja lari dari segalanya. Minggu lepas rasa sempit sangat-sangat. Dengan tekanan lagi. Setiap hari, saya membaca Al-Quran mahu mencari ketenangan tetapi tidak jumpa! Suatu hari, saya membaca surah pendek, Ad-Dhuha.

Sesungguhnya yang kemudian itulah yang lebih baik daripada permulaan.

Allah sudah jawab! Saya kena juga yakin dengan takdir Allah ini. Inilah yang memberi saya kekuatan. Nak harap siapa lagi? Ada orang nak faham ke? Oklah, saya bagi satu analogi.

Hidup saya seperti ini. Bayangkan anda ingin memasuki pertandingan merentas desa. Pada permulaan, ramai saja yang lari laju, anda pula perlahan. Tak mengapa kan?Kerana yang lari laju itulah yang akan berhenti tengah-tengah jalan, sedangkan yang berlari perlahan itu, tidak pernah berhenti putus asa atau mengeluh. Tapi yang lari perlahan itu, kena lah yakin yang dia mampu menang larian itu. Kalau tak yakin, macam mana nak menang? Akhirnya, dia menang. Sebenarnya, itulah tips saya untuk lari jarak jauh.

Kalau nak compare dengan IB boleh? Journey IB 2 tahun, lama kot. Jadi, jangan salahkan saya jika saya slow permulaan ini. Takut juga tengok orang lain tengah lari laju, tapi saya kena juga kuatkan diri, yakin dengan kebolehan saya. Ikhtiar saya belum habis. Allah masih ada untuk jaga saya. Tolong saya. Kalau dah rasa nak drop IB tu, faham-faham jela kan? Dah tahap teruk sangat. Tapi saya masih lagi bertahan. Alhamdulillah.

Anda?

Hidup bukan senang. Nak senang? Ambil jalan salah saja. Semua senang-senang belaka. Ingat, syurga menanti di akhirat. Kalau bukan kerana Allah dan Islam, saya tak akan bertahan.

You rely on Allah, but Islam rely on you.

May Allah bless.

You Might Also Like

3 comments