Kembali Kepada Fitrah Kita,
11:21 PMBaru saja kenal, tapi rasa macam dah rapat. Mungkin kerana keramahannya. Alhamdulillah. Seperti kebanyakan orang, ukti ini mempunyai kisah silam yang pahit. Dan, Allah bagi kekuatan kepadanya untuk berubah. Perubahan drastik.
Akak, insyaAllah, akak boleh. InsyaAllah, Dia akan permudahkan akak berubah ke arah jalanNya.
Tu lah sekarang. Akak tengah cuba kumpul kekuatan. Bukan senang, susah sangat nak tinggalkan jahiliyah kita. Kalau ikutkan, akak kena ubah satu wardrobe akak.
Alhamdulillah, lah. Bagi Aida, dengar lagu lagho lah yang susah sekarang ni.
Aida pun insyaAllah, boleh berubah.
Ini perbualan saya dengan ukhti itu ketika bulan Ramadhan lalu. Sekarang, cuti Syawal baru berakhir seminggu lalu. Dan sepanjang seminggu itulah, saya melihat dia sudah berubah. Memakai tudung yang labuh daripada sebelumnya, menutup auratnya, nampak manis. Setiap kali saya terpandang dia, saya rasa sangat kagum dengannya. Nampak sangat suci dan terjaga, I'm proud of her!
Ha! Pilih2, nak jalan mana?
Dan ini pula dengan rakan yang lain, sebaya saya.
D, awak dah beli tudung yang awak nak tu? nak suruh Aida belikan ke?
Dah, dah beli dah. Sekarang tinggal nak kumpul kekuatan nak berubah. Kalau boleh, D tak nak hipokrit, tak nak kembali ke masa silam.
D, insyaAllah, kalau kita niat berubah untuk Allah, insyaAllah Dia akan permudahkan segalanya untuk kita.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah. Betapa Allah sangat sayang kepada mereka. Semoga Allah berikan mereka kekuatan untuk istiqamah di jalanNya.
Amin..
Wallahu Ahlam~
0 comments