A Love To Be Sacrificed Off For HIM.

10:46 PM


Hari itu, hari khamis. Tetapi tiada kelas membaca Al-Quran pada waktu Asar, ustaz sudah lama tidak datang. Mungkin dia sudah tawar hati dengan kami, Wallahu Ahlam~

Tapi, saya sudah ada rancangan. Kena buat juga, kalau tidak, samapi bila-bila tak akan buat.

If not now, then when?

Setelah solat asar, saya meninjau-ninjau ke arahnya. Solatnya, kelihatan terganggu. Beberapa kali, dia ambil wuduk. Saya pasti, bukan kerana batal, tetapi kerana kesedihannya, saya kira.

Dia masih lagi bersolat asar setelah saya habis membaca Al-Quran. Saya bersiap-siap, menunggunya. Kemudian, saya teringat intipati usrah semalam.

Yakin dan tawakal hanya kepada Allah.

Eh, betul kah apa yang saya buat ini betul? Nak nasihatkan ke tak nak?

Allah, kalau apa yang aku ingin buat ini baik, permudahkanlah. Kalau tak baik, jauhkanlah.

Minit beransur minit. Saya lihat dia masih lagi khusyuk dalam doanya. Meminta kepada Allah untuk memberinya kekuatan. Ya, sangat khusyuk! Alhamdulillah. Kemudian, dia sujud, dan berdoa semula.

Masanya tiba. Dia ingin melipat telekungnya semula, dan apabila terlihat saya, dia senyum. (sesuatu yang unusual kerana dia jarang senyum kepada junior). Allah ringankan langkah saya menujunya:

"Assalamualaikum, kak. Sebenarnya, Aida nak minta maaf banyak-banyak kalau selama ini akak ada terasa dengan saya."

"Eh, kenapa ni?"

"Akak, kan saya selalu terserempak dengan akak dengan si dia. Entahlah, minta maaf lah kalau ada apa-apa yang akak terasa. Mana lah tahu~"

"Owh, pasal itu ke? Tak apa, awak tak ada salah apa-apa pun. Salah akak juga. Benda tu tak elok, tapi akak buat"

"Akak, insyaAllah, dia lelaki yang baik."

"Hmm, entahlah. Tak tahu boleh percaya kan lelaki itu ke tak"

"Akak, selamat bermujahadah ya. Kuatkan hati
itu betul-betul"

Saya memeluknya dengan erat. Dia memerlukan kekuatan dan pertolongan. Dan sebaik-baik pertolongan adalah daripada Allah SWT. She wants a change! A good change.

Sebenarnya, pernah ketika berada dalam tazkirah Asar, kami mengambil giliran untuk memberi perkongsian masing-masing dan apabila tiba giliran akak tersebut, dia menangis apabila berkata 'manusia itu lemah kan~'
Bila saya fikir-fikir balik kan, saya tak rasa pun lelaki itu baik. Memang patut akak itu rasa was-was dengan si dia, sebab kalau lelaki itu seorang yang baik, dia tak akan buat akak itu sebegitu (couple).

Selalu terjadi situasi begini. Di mana, saya sering bertemu dengan mereka yang couple, tetapi ingin berubah ke jalan Allah. Apa nak jadi dengan couple mereka? Nak dump terus? Saya tak rasa begitu. Di antara mereka, ada perasaan kasih sayang, tak bagus untuk kita tarik begitu. Mereka akan sedih, serius, betul.

Pernah, dulu ketika interview MPP, ada seorang bro bertanya bagaimana ingin menyelesaikan masalah couple. Dan apa yang saya alami sekarang bukan semudah yang saya katakan.

Perempuan baik bimbing perempuan yang couple dan lelaki yang baik itu bimbing lelaki yang couple. Bila dua-dua sudah ada rasa insaf, tanpa mengetahui kedua-duanya sudah insaf, maka perempuan dan lelaki baik itu akan membimbing mereka keluar dari dosa itu. InsyaAllah.

Nampak senang kan? Tapi bila saya sudah alami, memang lah senang nak cakap dengan mereka. Tapi merekalah yang susah nak berubah. Berubah bukan senang. Kalau ada jodoh, adalah. Yang penting, yakin terhadap Allah. Have faith on Him. Kepada mereka yang bercouple di luar sana yang ingin berubah, kuatkan hati anda dahulu, lebihkan hati anda kepada Allah dahulu. Barulah anda ada kekuatan untuk langkah seterusnya. InsyaAllah.

May Allah bless both of you and give the best way~



You Might Also Like

2 comments

  1. salam...hehe...sape kakak tu....cam boleh teka...*_*

    ReplyDelete
  2. yeke tahu? diam2 sajalah. doakan yang terbaik untuk dia. :)

    ReplyDelete