Teman Tapi Mesra Pun Jadilah!
4:27 PMSelalu kan kita semua mendengar ungkapan di atas. Kebanyakannya, dilandaskan atas persahabatan erat antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan CINTA.
Mahu dengar pengalaman saya?
Ehem. Ehem.
Ditakdirkan saya memang mampu berkawan baik dengan lelaki seumur sebaya saya sejak saya di MRSM Kuala Klawang. Saya mengakui memang best kawan dengan orang yang lain jantina. Tapi best itu best yang lain. Serius, tak sama dengan kita bestfriend dengan kaum perempuan. Kalau dengan perempuan, kena jaga hati, tapi dengan lelaki, buatlah apa yang kamu mahu. Mereka open-minded. (Jangan hidung kembang, sudah)
Persahabatan kami berjalan sangat rapat (ketika itu masih jahil) dan macam biasalah, berbual-bual dalam kelas, buat kerja sama-sama dan kongsi rahsia. Dan bila saya masuk MRSM TGB, di situ anjakan paradigma diri saya berlaku. Daripada kejahilan, saya berubah kepada fasa tahu. TAHU bahawa ada batas antara lelaki dan perempuan. Tapi dengan kawan baik saya ini, saya masih lagi berhubung dengannya melalui telefon kerana sudah tidak sama sekolah. Saya teruskan persahabatan sehingga habis SPM, sehingga masuk Kolej Mara Seremban. (kawan baik saya memasuki KMB)
Suatu ketika, saya bermesej dengannya dan menelefonnya. (bagi saya, tidak apa kerana atas dasar KAWAN)
Eyh, dekat KMB mesti banyak usrah kan. Aku dengar usrah kat sana mantap.
Weyh, kau nak tahu sesuatu tak. Kalau boleh, aku nak cari muslimah sejati macam kau lah.
*terdiam seketika* InsyaAllah.
Oklah, aku nak letak telefon ni. Duit nak habis.
Ok2. Eyh, Jap jap.
Pe?
Aku rindu la kau.
Wasalam.
Tak sangka. Malam itu saya menggigil. Takut kerana ada orang melihat kita sebagai wanita. Cari apa sebagai muslimah sejati? Isteri?
Saya bertanya kepada seorang ukti, mengenai pendapatnya tentang persahabatan karib antara lelaki dan perempuan. Sememangnya, begini. Lelaki dan perempuan diciptakan berlainan perasaan. Rasa suka mereka terhadap sesuatu berlainan. Dan sememangnya, lelaki dan perempuan saling melengkapi. Oklah, saya bagi suatu analogi supaya mudah anda memahami.
Bayangkan, ada dua enzyme, dua substrate. Enzyme lelaki dan enzyme perempuan. Substrate lelaki dan substrate perempuan. Saya aturkan yang substrate lelaki sesuai dengan enzyme lelaki dan substrate wanita sesuai dengan enzyme wanita. Kalau berlainan, products yang terhasil adalah perkahwinan. Kalau sama, persahabatan.
Perempuan dengan lelaki, jika mereka rapat, memang boleh masuk. Iaitu boleh rapat kerana perasaan mereka saling melengkapi, umpama suami isteri. Tetapi jika perempuan dengan perempuan, perasaan belum lagi lengkap-melengkapi. Ada limit di situ. Jika tidak, lesbian akan terhasil. Nampak tak? Faham?
Dan itulah yang saya dapat, fitnah. Bukan fitnah orang mengata, tetapi di dalam hati kita. Boleh jadi kawan baik saya mahu mencari kawan seperti saya, boleh juga dia rindu saya, TIDAK SALAH kan kawan JER? Tapi fitnah berlaku, saya terperasan, anda terprasangka buruk. Sebaiknya, kita menjauhan fitnah , bukan?
Pernah anda semua, berkawan baik dengan yang berlainan jantina, dan ada gosip affair? Sesetengah ada, sesetengah tiada. Dan rasa tidak selesa ke suka? Kalau suka, perasaan persahabatan anda bertukar cinta sudah. Tengok, dah tukar angin.
Fikirkanlah apa yang baik dan buruk. Ambil yang baik. Jauhkan sejauhnya yang buruk. Bersederhana dalam berkawan, tidak kira lelaki atau perempuan. Kita tidak tahu apa yang tersirat dalam hati kawan kita. Sebaiknya, kita hanya mempu harapkan perkara yang baik sepanjang persahabatan itu.
p/s: fakta biologi pula yang terkeluar. Minta maaf terlalu panjang. Buat kawan baik saya, semoga dirahmahti Allah.
Wallahu Ahlam~
3 comments
nice blog! followed!
ReplyDeletekeep writing k :)
they even have this term coined for this: platonic friendship. susahnye mereka, terpaksa mengkaji bende nih.. cthnye spt dlm link ni: http://www.psychologytoday.com/articles/200109/can-men-and-women-be-friends
ReplyDeletewbgmpun,alhamdulillah aida nampak sedikit hikmah di situ. apapun, jadikan neraca Allah sebagai panduan, kisah nabi dan para sahabat sebagai contoh teladan.
mira suka ni ;')
ReplyDelete