Sahabatku, Ada Surat Cinta La!

11:42 PM



Elok saja saya mencari lagu-lagu rock di internet, saya terjumpa lagu ini. Bila tengok saja kepada lirik, Subhanallah. Dalam lagu rock pun boleh teringat kepada mad'u saya. Saya teringat kepada beberapa orang rakan saya yang percaya akan saya. Saya rasa, percaya dengan sepenuh hati. Alhamdulillah, Allah bagi saya rakan sebegitu.

Bukan mudah bagi seseorang untuk menceritakan kisah silam mereka yang pahit, yang buruk.

Jika saya pun, saya teragak-agak untuk menceritakan kisah silam saya kepada orang lain. Mahu menceritakan mengenai kelemahan saya kepada orang lain, terutamanya kepada mereka yang tidak lebih daripada hanya bertegur sapa dengannya. Orang asing kan?

Syukur Alhamdulillah, Allah gerakkan hati mereka untuk meletakkan kepercayaan kepada saya. Ingat, bukan sahaja kepercayaan, tetapi amanah yang harus kita jaga. Amanah untuk pegang tangannya ke jalan yang benar. Saya mahu mencuba, tetapi seringkali tersangkut. Tapi Allah dah lancarkan balik. Allah izinkan saya pimpinnya. Allah pun sudah percayakan saya.

Bagaimana ya?
Takut juga dengan tanggungjawab ini?

Sahabat, sesungguhnya saya sangat menghargai kamu semua. Kerana apa? Kamu mengizinkan saya menjalankan tanggungjawab saya untuk pimpin kamu ke jalan yang benar. Kamu percaya saya walaupun hanya bertegur sapa. Syukurlah, kerana Allah sudah gerakkan hati kamu semua untuk mendampingiNya. Saya hanyalah orang tengah. Jadi, Allah sudah sampaikan surat cinta kepada kamu melalui saya. Mahu terima? Mahu balas? Nanti, susahlah kalau Allah dah tawar hati.

InsyaAllah, saya cuba yang terbaik untuk mengconnectkan kamu dengan Allah, dengan agamanya. Semoga Allah sentiasa menyayangi kamu semua.


Wallahu Ahlam ~

p/s: Lagu di atas, untuk kamu semua.

You Might Also Like

0 comments