Berusahalah, Allah saja yang tahu
5:51 PMTempat: Bilik Balqis 2nd floor
Saya lihat sekeliling saya, gelap. Cuma ada sinar cahaya lampu koridor di luar yang samar-samar. Saya tengok jam. 3.36 pagi. Hati terdetik seketika. Mahu tahajud ataupun tidak. Saya tidur semula. Tapi saya bangun balik pukul 4.00 pagi.
Oh, Allah memang mahu saya berjumpa dengan Dia. :)
Perlahan-lahan, saya berjalan ke bilik air. Tiba-tiba teringat pula kisah seram. Walaupun masih mamai ketika itu, jantung saya berdegup laju lagi. Saya cuba tenangkan diri saya dengan mengingati satu kisah: Malaikat akan turun pada sepertiga malam untuk mencari manusia yang sujud kepada Allah ketika orang lain tidur nyenyak dan mendoakan kesejahteraan mereka. Apabila terbit fajar, mereka kembali ke langit semula.
Ternyata, kisah itu masih tidak dapat menyentuh hati saya. Selesai berwuduk, saya bersolat. Saya mahu merasakan Allah di dalam solat, tetapi tidak dapat. Mungkin, saya yang tidak ikhlas rasanya. Kemudian, saya tidur. Rugikan? Alang-alang dah bangun malam, patutnya, bacalah A-Quran ke, solat taubat ke.
Astagfirullah..
Semoga, Allah memberi saya peluang lagi untuk bertemu denganNya.
Wallahu Ahlam~
1 comments
hmmm...lepas ni sediakan segayung air kat seblah katil b4 tdo. utk basuh muka biar segar saat diri terbangun tidur dan juga utk berwuduk..hehe..senang, terus solat :)
ReplyDelete