Banyaknya Sayang Dalam Hati!

8:39 PM

Sedang saya duduk dalam surau, saya terdengar suara orang berbual-bual:



Eyh, kau menangis eh? (saya liat orang itu mengeluarkan air matanya)

Eh, tiada apa-apa la. Hal keluarga jer.

Cakap la. Share la dengan aku.

*Terdiam seketika*
Kau pernah tak sayang seseorang kerana Allah, sampai tidak sanggup nak berpisah dengan dia pun. Aku ada seorang kakak aku ni, Alhamdulillah dia jadi orang pengantara antara aku dengan Allah pada mulanya sehingga aku pandai bawa diri. Sekarang, dia nak pergi. Pergi jauh dah. Sedih la. Tiada lagi salam berpelukan lepas jemaah di rumah, baca Al-Mathurat sama-sama. Kejap saja 2 bulan di sini.

*Terdiam panjang*
(Bermonolog dalaman)
Pernah ke aku sayang ahli keluarga aku kerana Allah?

Eh, kau jangan fikir sangat. Aku saja yang lebih-lebih.

Tak adalah. Aku terfikir. Menyayangi seseorang kerana Allah? Kawan? Adik-beradik?


Dalam diam, saya berfikir. Betul, kalau rasa sayang itu sudah dipaksikan kerana Allah, memang akan timbul rasa rindu pada seseorang dan hanya Allah yang boleh lindunginya. Syahdu, rindu, semua ada! Oklah, senang cerita, kita biarkan Allah saja yang pegang hati kita dengannya. Barulah rasa best. Alhamdulillah.



Dear, sis. May Allah be with you. Thanks for everything, the ukhuwah we share together.


Wallahu Ahlam~

You Might Also Like

1 comments